“Untuk Hidup Lebih Tenang…
Aku Ubah Haluan”

Aku pernah jadi wanita bekerjaya..
Penat, stress dan selalu tertanya-tanya “sampai bila nak macam ni?”

Sekarang aku pilih bina income secara online dengan lebih santai, ikut acuan aku sendiri.
Aku percaya ramai lagi wanita bekerjaya & surirumah yang ada impian untuk ada pendapatan besar, tapi dalam waktu yang sama nak masa lebih flexible untuk fokus anak serta keluarga.

Jika anda wanita yang seperti saya…
jom kita sembang, kita belajar, kita bina impian dengan cara kita sama-sama.
Ibarat seperti “datang duduk minum kopi, sembang pasal hidup & bisnes..”
Saya percaya kita tak perlu jadi orang lain untuk berjaya.

Title Img

Salam Perkenalan…

Saya Sue, saya bukan pakar kewangan. Bukan jutawan online dan bukan influencer besar.
Saya cuma wanita biasa yang pernah stress kerja makan gaji.
Stress dengan karenah atasan dan penat dengan politik ditempat kerja yang tak sesuai dengan jiwa saya, tapi masih paksa diri bertahan sebab “itulah kehidupan.”

Sampai satu saat, saya sedar… saya bukan tak kuat, saya bukan tak pandai, saya cuma penat hidup dengan cara yang bukan untuk saya.
Sehingga akhirnya saya buat keputusan besar dan beranikan diri pilih jalan lain yang lebih selesa dengan saya. Sekarang kehidupan saya lebih tenang bersama keluarga, dan punya masa yang lebih fleksibel dengan sumber kewangan sendiri.
Saya bebas untuk beraktiviti dan bebas untuk mencuba ‘peluang-peluang’ baru yang sesuai dengan jiwa saya. 
Disini saya akan kongsi pengalaman, idea, informasi serta sedikit cerita tentang kehidupan sebenar seorang wanita yang masih belajar untuk berlari mengejar impian.

Saya percaya saya tak perlu jadi orang lain untuk berjaya.

Title Img

Ada Banyak Peluang
Di Setiap Ruang, Asalkan
Berani Mencuba

Orang tua dulu-dulu selalu berkata
“peluang tak datang dua kali” dan “rezeki tak datang bergolek.”
Maknanya kita kena rajin usaha, walaupun perjalanan penuh liku.

Jadi kita rebut je apa sahaja peluang baik yang sampai kepada kita.
Mungkin hasil atau kelebihannya kita tak rasai sekarang tapi hasilnya Allah bagi
kita nampak kemudian hari.
Sekali lagi saya percaya kita tak perlu jadi orang lain untuk berjaya.

Title Img

Sharing Di Blog

Jika ada walau satu tulisan yang boleh bagi manfaat untuk awak…
itu sudah cukup bagi saya.

Title Img

Nota Kecil Dari Hati

“Hidup tenang tak bermakna impian kita kecil”

Title Img

Hadiah Kecil Untuk Awak

Kalau awak rasa penat dan nak mula sesuatu yang baru…
saya sediakan sesuatu untuk bantu awak. 

Ambil dulu panduan percuma ni.
Mungkin ini langkah kecil pertama yang boleh merubah hidup awak.

Scroll to Top