Sambungkan mesin basuh anda ke aplikasi LG ThinQ™ untuk kawalan yang lebih mudah. Anda boleh pilih program cucian, tetapkan fungsi, malah mulakan cucian walaupun anda berada di luar rumah hanya dengan satu sentuhan di telefon.















15/8kg Front Load Washer Dryer with AI Direct Drive™ and TurboWash™ – Matte Black
F2515RNTKAR
Ciri-ciri Utama
• Kombo Mesin Basuh & Pengering Kapasiti XL
Saiz besar yang membolehkan anda mencuci dan mengeringkan lebih banyak pakaian dalam satu masa, sesuai untuk keluarga.
• Kurangkan Pendedahan Alergen dengan Steam+™
Kitaran khas menggunakan wap untuk membantu mengurangkan alergen seperti habuk dan bakteria pada pakaian.
• Penjagaan Fabrik Pintar dengan AI DD™
Teknologi pintar yang mengesan jenis kain dan memilih cara cucian terbaik untuk menjaga kualiti pakaian anda.
• Kawalan Pintar dengan LG ThinQ™
Kawal dan pantau mesin basuh anda melalui telefon pintar untuk kemudahan yang lebih mudah dan moden.
• Cucian Pantas 39 Minit dengan Turbo Clean 360°
Basuh sehingga 3kg pakaian dengan cepat dan bersih dalam hanya 39 minit, menjimatkan masa harian anda.
• Waranti 10 Tahun pada Motor Inverter
Motor tahan lasak dengan jaminan sehingga 10 tahun untuk penggunaan jangka panjang yang lebih tenang dan yakin.
Ruang Sempit?
Pencuci & Pengering Dalam Satu.
Mesin berkapasiti besar ini menggabungkan mesin basuh 15kg dan pengering 8kg untuk kemudahan mencuci pakaian dari awal hingga akhir dalam satu perkakas.
Reka Bentuk Lebih Slim, Bergaya Dengan Kapasiti Besar.
Pilihan yang lebih nipis dan moden, tetapi masih menawarkan ruang yang luas untuk memuatkan lebih banyak pakaian. Sesuai untuk kediaman yang mementingkan gaya dan praktikal.
Jom Kenali Ciri-ciri Menarik Mesin Basuh Baharu Anda.
Kapasiti Besar
Direka untuk menampung lebih banyak cucian tanpa menambah ruang penggunaan.
Badan Lebih Slim, Drum Lebih Luas
Reka bentuk yang lebih nipis tetapi dengan ruang dalaman yang lebih besar.
Deep-learning AI DD
Mengesan jenis & berat fabrik untuk cucian yang lebih optimum & penjagaan pakaian yang lebih baik.
TurboWash™ 360°
Semburan pelbagai arah untuk cucian menyeluruh, lebih cepat dan lebih efektif sepantas 39 minit untuk hasil cucian yang bersih.
Operasi Lancar
Hadkan bunyi dan getaran.
Kawalan Dail Digital LCD
Kawalan dail digital intuitif memberi anda lebih banyak maklumat dengan setiap pusingan.
EzDispense™
Memudahkan penjagaan dobi dengan menentukan jumlah detergen yang optimum untuk setiap kitaran cucian yang anda pilih secara automatik.
Mode Cucian Haiwan Kesayangan
Menangani bau dan kotoran haiwan peliharaan dengan mencuci suhu tinggi dan proses pembilasan 4 langkah.
Mesin Basuh & Pengering Dalam Satu.
Jimat ruang dan beri lebih ruang untuk keluarga dengan mesin basuh dan pengering 2-dalam-1 LG. Semua cucian dan pengeringan boleh dilakukan dalam satu peralatan, lebih praktikal dan kemas.
Jimat Ruang.
Padankan Mesin Basuh Dengan Gaya Hidup Anda.
Direka dengan kedalaman hanya 645mm, mesin ini membantu anda menjimatkan 125mm ruang berharga di rumah tanpa mengurangkan kapasiti cucian. Sesuai untuk rumah yang mahukan ruang lebih praktikal dan kemas.
Kapasiti Besar.
Tingkatkan pengalaman cucian anda.
Teknologi canggih LG mempunyai reka bentuk yang kompak, dengan drum cucian yang lebih besar tetapi lebih slim, memberi anda lebih banyak ruang untuk mencuci pakaian tanpa menambah saiz mesin.
Deep-Learning AI DD™ – Mesin Basuh Pintar.
Teknologi Pintar AI memilih kitaran cucian paling sesuai secara automatik mengikut berat dan jenis kain, mengurangkan kerosakan kain supaya pakaian anda kekal lebih tahan lama dan sentiasa kelihatan baru.
TurboWash™ 360 – Cucian Pantas, Hasil Maksimum.
Selesaikan cucian anda dengan lebih cepat dan efisien. Dengan teknologi TurboWash™ 360, pakaian dapat dibersihkan secara menyeluruh dalam hanya 30 minit, tanpa menjejaskan penjagaan fabrik supaya pakaian kekal tahan lama dan terjaga kualitinya.
*Tested by Intertek, Cotton cycle with default option based on 3 kg loads.
Operasi Lancar.
Cucian Lebih Senyap Dan Kurang Getaran.
Dilengkapi dengan teknologi pintar dan sensor getaran, mesin basuh berfungsi dengan tenang supaya proses mencuci pakaian menjadi lebih selesa.
Steam™
Utamakan Kesihatan Anda & Atasi Alergen
Lindungi diri anda daripada alergen dengan teknologi wap. Kitaran Allergy Care dari LG membantu menanggalkan alergen, hama habuk hidup dan bakteria pada pakaian untuk cucian yang lebih bersih dan selamat dipakai.
*Allergy Care cycle tested by US Intertek reduces Live Dust Mites, Allergens (Dust Mite, Cat, Dog, Pollen), Bacteria, and Fungi.
Allergy Care by Washer
Pet Care – Penjagaan Haiwan Peliharaan.
Hilangkan Bau Dan Kotoran Haiwan Dengan Lebih Berkesan.
Kitaran khas Pet Care daripada LG memberikan cucian yang lebih kuat untuk menanggalkan bau dan kotoran daripada haiwan peliharaan. Dengan cucian suhu tinggi dan 4 langkah bilasan, pakaian anda jadi lebih bersih, segar dan bebas bau yang kurang menyenangkan.
*Tested by Intertek on March 2024. Pet care cycle with 1.5kg of cotton load and it removes 99% pet odors(Trimethylamine, Isovaleraldehyde, Acetic acid, Methyl mercaptan)
*Results may vary depending on the environment.
LG ThinQ™
Kekal Terhubung Dari Mana-Mana Dengan LG ThinQ™
Sambungkan Mesin Basuh Anda dengan Telefon Pintar
Sambungkan mesin basuh anda ke aplikasi LG ThinQ™ untuk kawalan yang lebih mudah. Anda boleh pilih program cucian, tetapkan fungsi, malah mulakan cucian walaupun anda berada di luar rumah hanya dengan satu sentuhan di telefon.
Ketahui Lebih Lanjut Tentang Prestasi Mesin Basuh Anda
Dengan aplikasi LG ThinQ™, anda boleh melihat penggunaan tenaga mesin basuh serta menyemak jika ada keperluan penyelenggaraan. Ini membantu anda memastikan mesin sentiasa berfungsi dengan baik dan lebih menjimatkan penggunaan elektrik.
Kawalan Mudah Dengan
Pembantu Suara
Sambungkan mesin basuh anda dengan peranti rumah pintar untuk pengalaman yang lebih mudah dan moden. Anda boleh menggunakan arahan suara untuk mengawal mesin dari mana-mana sudut rumah tanpa perlu pergi ke mesin.
Tahan Lama, Kurang Getaran, Bunyi Lebih Senyap.
Motor Smart Inverter pada mesin basuh kami sangat boleh dipercayai dan senyap, sambil memberikan prestasi yang tahan lama. Motor ini dilengkapi jaminan 10 tahun untuk ketenangan fikiran anda.