Sambungkan mesin basuh anda ke aplikasi LG ThinQ™ untuk kawalan yang lebih mudah. Anda boleh pilih program cucian, tetapkan fungsi, malah mulakan cucian walaupun anda berada di luar rumah hanya dengan satu sentuhan di telefon.















10/6kg Front Load Washer Dryer with AI Direct Drive™ & Steam™
FV1410H3P
Ciri-ciri Utama
• AI Direct Drive™ – Teknologi AI Direct Drive Pintar.
Mengesan jenis fabrik dan berat cucian untuk memilih pergerakan basuhan yang paling sesuai, menjaga pakaian supaya tahan lebih lama.
• Steam™ – Cucian Dengan Wap.
Menggunakan wap panas untuk membantu menanggalkan kotoran degil serta mengurangkan bakteria dan alergen pada pakaian.
• TurboWash™ 360 – Cucian Pantas 360°.
Membersihkan pakaian dengan semburan air dari pelbagai arah untuk hasil cucian yang lebih cepat, bersih dan menyeluruh.
• Full Stainless Lifter – Pengangkat Drum Keluli Tahan Karat.
Bahagian dalam drum diperbuat daripada keluli tahan karat untuk lebih tahan lama, bersih dan membantu menjaga kebersihan pakaian.
• ThinQ™ – Kawalan Pintar Melalui Telefon.
Kawal dan pantau mesin basuh anda dengan mudah melalui aplikasi di telefon pintar, walaupun anda berada di luar rumah.
• Waranti 10 Tahun pada Motor Inverter
Motor tahan lasak dengan jaminan sehingga 10 tahun untuk penggunaan jangka panjang yang lebih tenang dan yakin.
AI DD™
Penjagaan Pintar Dengan 18% Perlindungan Fabrik Lebih Baik.
Dengan teknologi AI DD™, mesin ini memberikan sehingga 18% lebih perlindungan fabrik untuk menjaga kualiti pakaian anda.
Berdasarkan data cucian yang dikumpul, sistem pintar ini akan mengesan jenis kain dan memilih pergerakan cucian paling sesuai secara automatik, supaya pakaian lebih terjaga, tahan lama dan tidak mudah rosak.
Apa Itu AI DD™?
AI DD™ bukan sahaja mengesan berat pakaian, tetapi juga tahap kelembutan fabrik. Berdasarkan maklumat ini, mesin akan memilih gerakan cucian yang paling sesuai secara automatik untuk menjaga pakaian anda dengan lebih baik.
Semua Dalam Satu.
Mesin Basuh & Pengering Dalam Satu Mesin.
Jimat lebih ruang untuk keluarga dengan mesin basuh dan pengering 2-dalam-1 LG. Semua cucian dan pengeringan boleh dilakukan dalam satu peralatan, lebih praktikal dan kemas.
All-in-One
Jimat Masa Mengurus Dobi, Lebih Masa Untuk Anda.
Dengan mesin basuh dan pengering LG all-in-one, anda boleh mencuci dan mengeringkan pakaian dalam satu mesin tanpa perlu berulang-alik. Semuanya jadi lebih mudah dan cepat, jadi anda ada lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tanpa rasa penat atau terbeban.
TurboWash™360˚
Cucian Bersih Dalam 39 Minit.
Dengan teknologi TurboWash™360˚, pakaian anda boleh dicuci dengan bersih dalam hanya 39 minit, sambil menjaga kualiti fabrik dengan lebih baik.
Sistem semburan air 3D dari 4 arah memastikan setiap bahagian pakaian terkena air dan sabun dengan sekata, jadi cucian lebih bersih tanpa perlu masa yang lama.
*Tested by Intertek, based on IEC 60456 : edition 5.0. TurboWash39 cycle with 5kg of IEC load compared to Conventional Cotton Cycle with TurboWash (F4V9RWP2W vs. FC1450S2W). The results may be different depending on the environment.
Lebih Jimat Tenaga, Kurang Kerosakan Pada Pakaian.
Nikmati cucian yang lebih cepat dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah, sambil membantu mengurangkan kerosakan pada pakaian supaya ia kekal cantik dan tahan lebih lama.
3D Multi Spray Dengan Pam Inverter.
Motor BLDC dengan kawalan Pam Inverter membolehkan kelajuan semburan air diubah mengikut keperluan. Semburan kuat dengan sudut luas membantu mencuci dengan lebih menyeluruh, manakala semburan perlahan memberikan cucian yang lebih lembut.
Teknologi ini membantu air sabun sampai ke setiap bahagian pakaian dengan lebih cepat, menjadikan cucian lebih bersih dan tahan lama.
Steam+™
Kurang Kedutan, Lebih Bersih.
Teknologi LG Steam+™ membantu menghapuskan 99.9% alergen, seperti hama habuk yang boleh menyebabkan alahan atau masalah pernafasan, sambil mengurangkan kedutan pakaian sehingga 30%. Pakaian lebih bersih, segar, dan mudah digosok.
*Allergy Care cycle certified by BAF (British Allergy Foundation) reduces 99.9% house dust mite allergen.
*Tested by Intertek on December 2018, based on AATCC standard. Cotton cycle with ‘Wrinkle Care’ option (3 mixed shirts) compared to Cotton cycle without option. The results may be different depending on the clothes and environment.
*Wrinkle Care is available as an option in 6 cycles.
30% Kurang Kedutan.
Kedutan pada pakaian yang terbentuk semasa proses pengeringan akan hilang secara automatik dengan wap semasa pakaian digerakkan dalam mesin, menjadikan pakaian lebih licin dan mudah digosok.
Penghapusan Alergen 99.9%.
Teknologi Steam membantu mengurangkan alergen sehingga 99.9%, menjadikan pakaian lebih bersih dan selamat dipakai, sesuai untuk kulit sensitif.
Lebih Besar.
Kapasiti Lebih Besar Di Ruang Yang Sama.
Dapatkan kapasiti drum yang lebih besar walaupun saiz mesin tetap sama. Lebih banyak pakaian boleh dicuci dalam satu masa tanpa mengambil ruang tambahan.
Ketahanan (Durability).
Lebih Tahan Lasak & Lebih Bersih.
Direka dengan pintu kaca tempered yang lebih kukuh & elegan untuk ketahanan jangka panjang. Dilengkapi juga dengan lifter keluli tahan karat yang lebih tahan lama serta membantu memastikan tahap kebersihan yang lebih baik semasa mencuci.
Reka Bentuk
Lebih Jelas & Elegan.
Paparan dibuat lebih jelas untuk mudah dilihat dan saiz tombol diperbesarkan dengan kemasan logam yang elegan, menjadikan mesin kelihatan moden dan premium.
.
Keserasian.
Boleh digunakan bersama TWINWash™ Mini..
Tambahkan TWINWash™ Mini mengikut pilihan anda untuk disesuaikan dengan gaya hidup dan reka bentuk dalaman rumah. Memudahkan anda menjimatkan masa dan wang dalam kehidupan harian yang sibuk.
LG ThinQ™
Kekal Terhubung Dari Mana-Mana Dengan LG ThinQ™
Sambungkan Mesin Basuh Anda dengan Telefon Pintar
Sambungkan mesin basuh anda ke aplikasi LG ThinQ™ untuk kawalan yang lebih mudah. Anda boleh pilih program cucian, tetapkan fungsi, malah mulakan cucian walaupun anda berada di luar rumah hanya dengan satu sentuhan di telefon.
Ketahui Lebih Lanjut Tentang Prestasi Mesin Basuh Anda
Dengan aplikasi LG ThinQ™, anda boleh melihat penggunaan tenaga mesin basuh serta menyemak jika ada keperluan penyelenggaraan. Ini membantu anda memastikan mesin sentiasa berfungsi dengan baik dan lebih menjimatkan penggunaan elektrik.
Kawalan Mudah Dengan
Pembantu Suara
Sambungkan mesin basuh anda dengan peranti rumah pintar untuk pengalaman yang lebih mudah dan moden. Anda boleh menggunakan arahan suara untuk mengawal mesin dari mana-mana sudut rumah tanpa perlu pergi ke mesin.
Tahan Lama, Kurang Getaran, Bunyi Lebih Senyap.
Motor Smart Inverter pada mesin basuh kami sangat boleh dipercayai dan senyap, sambil memberikan prestasi yang tahan lama. Motor ini dilengkapi jaminan 10 tahun untuk ketenangan fikiran anda.