Motor Inverter Direct Drive direka untuk lebih tahan lama, beroperasi dengan lebih senyap, dan sangat dipercayai untuk kegunaan harian. Ia juga didatangkan dengan jaminan 10 tahun untuk ketenangan fikiran anda.







17kg Top Load Washer with AI Direct Drive™ and Turbo Drum
TV2517DV3B
Ciri-ciri Utama
• AI Wash – Cucian Pintar Automatik
Teknologi pintar yang membantu mengesan tahap kotoran dan melaraskan cucian secara automatik untuk hasil yang lebih bersih dan optimum.
• TurboDrum – Cucian Lebih Kuat & Menyeluruh
Pergerakan dram yang lebih kuat membantu menanggalkan kotoran degil dengan lebih efektif tanpa merosakkan fabrik.
• Bigger Capacity – Kapasiti Lebih Besar
Ruang lebih luas untuk mencuci lebih banyak pakaian dalam satu masa, sesuai untuk kegunaan keluarga.
• Wide Lint Filter – Penapis Habuk Lebih Besar
Penapis lint yang lebih besar membantu mengumpul habuk dan sisa kotoran dengan lebih baik, menjadikan pakaian lebih bersih.
• Scent+ – Haruman Lebih Segar
Membantu mengekalkan bau wangian pada pakaian supaya kekal segar lebih lama selepas cucian.
• Waranti 10 Tahun pada Motor Inverter
Motor tahan lasak dengan jaminan sehingga 10 tahun untuk penggunaan jangka panjang yang lebih tenang dan yakin.
Penjagaan Pintar Dengan Perlindungan Fabrik Sehingga 24% Lebih Baik.
Mesin akan mengesan berat dan jenis fabrik secara automatik, kemudian menyesuaikan pergerakan cucian untuk memberikan penjagaan yang lebih lembut dan melindungi pakaian anda dengan lebih baik.
*Tested by Intertek. Placed 3kg of different types of clothes (such as shirts, shorts, etc) with 5-hole swatches into T13H7EHDSTP and ran ‘Normal’ cycle. Placed same clothes into the same model and ran ‘AI Wash’ cycle. After completion, fabric damage was compared by counting threads on 5 hole swatches. The results may be different depending on the clothes and environment.
Beroperasi Secara Senyap.
Mesin basuh ini direka untuk beroperasi dengan lebih senyap dengan mengimbangi getaran dan kelajuan putaran. Ia menggunakan 4 damper menegak, 2 damper mendatar dan 1 sensor getaran untuk memastikan cucian lebih stabil dan kurang bunyi.
Power Motion
Pergerakan Cucian Lebih Kuat & Efektif.
Teknologi Power Motion meningkatkan prestasi cucian melalui pergerakan pulsator yang lebih kuat dan pantas. Ini membantu menanggalkan kotoran dengan lebih efektif untuk hasil cucian yang lebih bersih.
TurboDrum™
Cucian Lebih Bersih & Menyeluruh.
Pulsator dan dram berputar dalam arah bertentangan untuk menghasilkan aliran air yang kuat. Ini membantu menanggalkan kotoran dengan lebih efektif, menjadikan pakaian lebih bersih tanpa perlu cucian berulang.
Cara Cucian Yang Lebih Optimum.
Dengan 6 pergerakan cucian yang digerakkan oleh motor Inverter Direct Drive™, mesin ini menghasilkan pelbagai gaya cucian yang disesuaikan mengikut jenis fabrik. Ini membantu membersihkan pakaian dengan lebih efektif sambil menjaga kualitinya agar tahan lebih lama.
1. Gerakan Menggoncang: Gerakan Cucian Biasa
Gerakan ini merupakan cara cucian standard di mana pakaian diputar dan digerakkan untuk menanggalkan kotoran dengan berkesan. Sesuai untuk cucian harian dan memastikan pakaian bersih seperti biasa.
2. Pergerakan Ayunan Lembut
Pergerakan ayunan yang lembut untuk mencuci pakaian dengan lebih berhati-hati, sesuai untuk fabrik halus dan membantu mengurangkan kerosakan pada pakaian.
3. Putaran Berpusing: Elak Kain Berbelit & Bersih Lebih Menyeluruh
Pergerakan putaran khas membantu meleraikan kain yang berbelit semasa cucian, supaya pakaian dicuci dengan lebih bersih dan sekata tanpa merosakkan fabrik.
4. Gerakan Menggosok
Drum akan berpusing ke kiri dan ke kanan untuk menghasilkan kesan seperti menggosok pakaian pada permukaan drum, membantu menanggalkan kotoran dengan lebih efektif.
5. Power Motion: Prestasi Cucian Lebih Berkuasa
Meningkatkan keberkesanan cucian dengan pergerakan pulsator yang lebih kuat & lebih pantas, menanggalkan kotoran dengan lebih mudah supaya pakaian jadi lebih bersih.
6. Gerakan Memampat: Gerakan Putaran Berkelajuan Tinggi
Teknologi ini menggunakan putaran yang sangat laju untuk menyingkirkan air dengan lebih berkesan daripada pakaian. Hasilnya, pakaian menjadi lebih cepat kering dan proses pengeringan jadi lebih efisien.
Saiz Sama Di Luar, Kapasiti Lebih Besar Di Dalam.
Mencuci lebih banyak cucian dalam satu masa dengan mesin basuh yang direka untuk memaksimumkan ruang dalaman, supaya dram menjadi lebih besar dan boleh memuatkan lebih banyak pakaian.
Penapis Habuk Yang Lebih Besar Memastikan Tab Dan Pakaian Anda Lebih Bersih.
Penapis habuk yang lebih besar membantu mengekalkan kebersihan pakaian dan drum mesin basuh. Ia mengumpul habuk dan kotoran yang tertanggal daripada pakaian supaya hasil cucian lebih bersih.
Nikmati Fabrik Yang Lebih Segar Untuk Lebih Lama.
Pakaian anda akan berbau lebih segar dan tahan lebih lama kerana pelembut kain dapat meresap lebih dalam ke serat fabrik semasa proses cucian.
Tahan Lama & Sangat Dipercayai.
Motor Inverter Direct Drive direka untuk lebih tahan lama, beroperasi dengan lebih senyap, dan sangat dipercayai untuk kegunaan harian. Ia juga didatangkan dengan jaminan 10 tahun untuk ketenangan fikiran anda.