Tentang Saya

Hi, saya Sue..

Seorang wanita muslimah yang pernah berkerja dan ada jawatan yang stabil, tapi memilih untuk berhenti dan membina bisnes dari rumah. Pada pandangan orang lain, semuanya nampak sempurna. Tapi di dalam hati, saya rasa ada sesuatu yang kurang. Ada suara kecil yang selalu bertanya.. “Adakah ini sahaja hidup saya? Ini kah sebenarnya hidup yang saya mahu?

Saya tahu ramai wanita di luar sana pernah rasa benda sama. Rasa bersalah kalau nak tinggalkan kerja, takut kalau cuba bisnes sendiri, sunyi bila orang sekeliling semua masih di zon selesa, saya pun pernah berada di situ..

Itulah sebabnya saya pilih untuk berhenti kerja. Bukan sebab saya tak menghargai kerjaya saya, tapi sebab saya mahu mencari cara hidup yang lebih bermakna untuk diri saya, keluarga dan impian saya sendiri. Dari situlah perjalanan SueAisya bermula.

Perjalanan ini bukan tentang kekayaan segera atau hidup sempurna. Ini tentang memulakan langkah kecil, membina impian dengan tenang dan mencari keberkatan dalam setiap usaha.