Dengan teknologi pintar, anda boleh mengawal penggunaan aircond dengan lebih mudah dan cepat. Segala urusan jadi lebih senang, kehidupan harian lebih selesa & teratur.












DUALCOOL™ AIR CONDITIONER
2.0HP DUAL INVERTER PREMIUM AIR CONDITIONER WITH IONIZER+ AND ThinQ™
S3-Q18KLPPA
Ciri-ciri Utama
• Plasmaster™ Ionizer++ – Udara Lebih Bersih & Segar
Teknologi ini membantu menyingkirkan bakteria dan bau dalam udara, menjadikan ruang rumah lebih bersih dan selesa untuk seisi keluarga.
• DUAL Inverter Compressor™ – Prestasi Lebih Stabil & Jimat
Pemampat inverter berkembar yang memberikan penyejukan lebih konsisten, jimat tenaga dan tahan lebih lama.
• Faster Cooling – Penyejukan Pantas & Efektif
Aircond mampu menyejukkan ruang dengan lebih cepat supaya anda dapat rasa nyaman tanpa perlu tunggu lama.
• Energy Saving – Penjimatan Tenaga
Direka untuk penggunaan tenaga yang lebih cekap, membantu mengurangkan bil elektrik setiap bulan.
• Less Noise – Operasi Lebih Senyap
Berfungsi dengan bunyi yang sangat minimum, sesuai untuk tidur malam dan suasana rumah yang tenang.
• LG ThinQ – Kawalan Pintar di Hujung Jari Anda
Anda boleh mengawal dan memantau Aircond hanya melalui telefon pintar. Lebih mudah & cepat walaupun anda berada di luar rumah.
Plasmaster™ Ionizer++
Udara Lebih Bersih dari Bakteria.
Teknologi ini membantu membersihkan ruang anda dengan menyingkirkan sehingga 99.9% bakteria yang melekat, menjadikan udara lebih bersih, segar dan selesa untuk seisi keluarga.
Dual Inverter
Penyejukan Lebih Pantas, Keselesaan Lebih Cepat.
Nikmati udara sejuk dengan lebih cepat menggunakan teknologi LG DUAL Inverter Compressor™. Penyejukkan ruang lebih efisien supaya anda rasa selesa tanpa perlu menunggu lama.
Jimat Elektrik & Lebih Mesra Alam.
Kurangkan penggunaan tenaga dengan sistem penyejukan yang lebih cekap. Bukan sahaja membantu menurunkan bil elektrik, malah turut menyumbang kepada penjagaan alam sekitar.
Operasi Senyap Tanpa Gangguan Bunyi.
Nikmati tidur yang lebih lena tanpa gangguan bunyi. Aircond ini direka untuk beroperasi dengan sangat senyap, supaya anda boleh berehat dengan lebih selesa sepanjang malam.
*According to LG internal test, LG DUAL Inverter air conditioner is less than 19dBA.
DUAL Inverter Compressor™
Lebih Cekap, Lebih Pantas, Lebih Tahan Lama & Lebih Senyap.
Dikuasakan dengan teknologi DUAL Inverter Compressor™, ia memberikan penyejukan yang lebih cepat, penggunaan tenaga yang lebih cekap, operasi yang lebih senyap serta ketahanan yang lebih lama untuk menjamin keselesaan harian anda.
Pre-Filter (Penapis Awal)
Memerangkap Habuk Besar Dari Awal.
Penapis ini berfungsi sebagai barisan pertama untuk menapis habuk besar dan zarah kotoran daripada udara, supaya udara yang masuk ke dalam aircond jadi lebih bersih dan selesa untuk pernafasan.
Penapis Habuk Halus PM 2.5.
Penapisan habuk yang lebih berkuasa, mampu menangkap zarah halus sekecil PM 2.5, membantu memastikan udara dalam rumah lebih bersih dan selesa untuk bernafas.
Penapis Alahan.
Penapis ini membantu menyingkirkan bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti hama habuk rumah yang berada di udara, supaya udara di dalam rumah jadi lebih bersih dan selesa untuk bernafas.
Auto Cleaning.
Pembersihan Dalaman Secara Automatik.
Sistem pembersihan dalaman berfungsi secara automatik untuk memastikan aircond sentiasa bersih. Ia membantu mengeringkan kelembapan di dalam unit bagi mengelakkan pembentukan kotoran dan bau yang tidak menyenangkan. Secara tak langsung aircond sentiasa bersih secara automatik.
Kawalan Pintar Untuk Kehidupan Lebih Sempurna.
Dengan teknologi pintar, anda boleh mengawal penggunaan aircond dengan lebih mudah dan cepat. Segala urusan jadi lebih senang, kehidupan harian lebih selesa & teratur.
Sambung & Kawal Dari Mana-Mana
Dengan aplikasi LG ThinQ™, anda boleh mengawal aircond anda dengan mudah walau di mana sahaja. Hanya dengan satu sentuhan pada telefon, anda boleh hidupkan aircond & nikmati udara sejuk sebaik sahaja sampai di rumah.
Pemantauan Penggunaan Produk Lebih Mudah & Efisien
Aplikasi LG ThinQ™ sentiasa memantau keadaan aircond anda. Sama ada untuk penyelenggaraan harian atau perkara lain, boleh menyemak penggunaan tenaga dengan mudah terus dari telefon, supaya semuanya sentiasa dalam keadaan terbaik.
Kawalan Mudah Dengan Arahan Suara
Kawal aircond anda hanya dengan suara. Anda boleh beri arahan seperti “On” atau “Off”, dan sistem pintar akan terus bertindak mengikut arahan anda. Lebih mudah, tanpa perlu tekan apa-apa butang.
Keistimewaan Yang Lain.
Mudah Pantau Penggunaan Tenaga
Paparan pada aircond membantu anda melihat penggunaan tenaga dengan jelas, supaya anda boleh memantau & mengurangkan penggunaan elektrik dengan lebih mudah.
*Penggunaan tenaga semasa aircond beroperasi.
Penyejuk Mesra Alam
Menggunakan gas R32 yang lebih mesra alam dan membantu mengurangkan pencemaran. Dengan kecekapan tenaga yang lebih baik, ia bukan sahaja menjaga alam sekitar malah membantu penggunaan elektrik jadi lebih jimat.
Kawal 4 Tahap Penggunaan Tenaga
Anda boleh mengawal penggunaan tenaga dengan 4 tahap berbeza mengikut keperluan, sama ada digunakan seorang diri atau bersama keluarga.
Pemasangan Pantas & Mudah
Nikmati udara sejuk dengan lebih cepat dengan aircond yang direka untuk pemasangan yang lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
Persekitaran Tidur Yang Lebih Selesa
Nikmati suasana tidur yang lebih selesa dengan fungsi pelarasan secara automatik.
*Apabila fungsi “Comfort Sleep” diaktifkan.
Keselamatan Terhadap Turun Naik Voltan
Direka untuk keselamatan apabila berlaku perubahan voltan elektrik, membantu melindungi peralatan daripada rosak. Anda tidak perlu menyalakan lampu untuk menukar mod aircond kerana remote ini dilengkapi dengan sensor GYRO yang memudahkan kawalan walaupun dalam keadaan gelap.
Notifications