Gunakan aplikasi LG ThinQ™ pada telefon pintar anda untuk memulakan pengeringan atau menerima notifikasi apabila sudah siap, walaupun anda berada di mana-mana sahaja.








10Kg Dual Inverter Heat Pump™ Dryer with Auto Cleaning condenser
RX10VHP3WR
Ciri-ciri Utama
• Pam Haba (Heat Pump).
Mengeringkan pakaian menggunakan suhu lebih rendah supaya pakaian lebih terjaga dan tidak mudah rosak.
• Dwi Inverter (Dual Inverter).
Teknologi motor pintar yang lebih jimat tenaga, tahan lama dan beroperasi dengan lebih senyap.
• Pemeluwap (Condenser).
Menukarkan wap air daripada pakaian kepada air semula, jadi tak perlu saluran air khas untuk pengeringan.
• Pembersihan Automatik (Auto Cleaning).
Sistem membersihkan bahagian dalam mesin secara automatik untuk memastikan prestasi sentiasa optimum.
• Padanan Pintar (Smart Pairing).
Mesin akan pilih tetapan pengeringan yang sesuai secara automatik berdasarkan cucian sebelumnya. Lebih mudah, hanya tekan start.
• Penjagaan Anti-Alahan (Allergy Care).
Membantu mengurangkan bakteria dan alergen pada pakaian, sesuai untuk kulit sensitif dan keluarga.
• Eco Hybrid (Eco Hybrid).
Memberi pilihan sama ada jimat tenaga atau jimat masa mengikut keperluan anda.
• ThinQ (Kawalan Pintar).
Kawal dan pantau mesin melalui aplikasi di telefon pintar, walaupun anda berada di luar rumah.
Dual Inverter Heat Pump™
Pengering Jimat Tenaga & Penjagaan Lebih Konsisten.
Direka untuk memberikan prestasi pengeringan yang stabil setiap masa sambil menjaga pakaian dengan lebih baik dan mesra tenaga. Nikmati standard baharu dalam penjimatan tenaga, penggunaan dan pengeringan yang lebih baik, supaya pakaian anda kering sempurna tanpa merosakkan fabrik.
Hapuskan 99.9% Bakteria Dengan LG Tumble Dryer.
Tak perlu risau lagi, dengan fungsi Allergy Care, ia membantu mengurangkan sehingga 99.9% bakteria dan hama habuk hidup yang boleh menyebabkan alahan. Pakaian jadi lebih bersih, segar dan selamat untuk dipakai setiap hari.
*Tested under the supervision of TUV SUD, LG clothes dryer reduces 99.9% of bacteria (S. aureus, P. aeruginosa, and K. pneumoniae) with Allergy Care cycle. *Allergy Care cycle certified by BAF(British Allergy Foundation) reduces 99.9% of live house dust mites.
Dual Filter: Penapisan Berganda, Cucian Lebih Bersih.
Dengan Dual Filter, habuk, serat halus (lint) dan rambut dapat ditapis dengan lebih efektif. Hasilnya, pakaian menjadi lebih bersih sehingga kotoran halus pun sukar untuk terlepas.
Pengeringan Optimum Sekali Jalan.
Pakaian kering sempurna pada pengeringan pertama menggunakan teknologi Sensor Dry. Sensor kelembapan akan mengesan tahap basah pakaian & melaraskan masa pengeringan secara automatik, supaya pakaian tidak terlebih kering atau masih lembap.
.
Kondenser Dengan Pembersihan Mudah.
Penjagaan yang lebih mudah dengan Auto Cleaning Condenser yang boleh membersihkan sendiri secara automatik. Anda tak perlu lagi bersusah payah untuk cuci secara manual. Semuanya jadi lebih praktikal & menjimatkan masa.
.
Pengeringan Pantas Bila Anda Sibuk.
Nikmati pilihan untuk mengeringkan pakaian dengan lebih cepat apabila anda kesuntukan masa, atau pilih mod jimat tenaga dengan teknologi Eco Hybrid™ untuk penggunaan elektrik yang lebih efisien.
Energy Mode: Jimat Elektrik Sehingga 15%
Time Mode: Jimat Masa Sehingga 18%
Pakaian Kelihatan Seperti Baru Dibeli.
Jaga pakaian kesayangan anda supaya tidak mudah mengecut atau rosak. Pengeringan pada suhu lebih rendah membantu memastikan pakaian kekal dalam keadaan baik lebih lama seperti baru dibeli.
LG ThinQ™
Kawalan Pintar, Gaya Hidup Lebih Mudah & Canggih
Kawalan Dari Mana Saja
Gunakan aplikasi LG ThinQ™ pada telefon pintar anda untuk memulakan pengeringan atau menerima notifikasi apabila sudah siap, walaupun anda berada di mana-mana sahaja.
Kitaran Pengeringan Di Sesuaikan Dengan Gaya Hidup Anda
Dengan pelbagai pilihan kitaran pengeringan, anda boleh mengeringkan pakaian dengan lebih tepat mengikut keperluan. Hasilnya, pakaian siap untuk dipakai.
Padanan Pintar untuk Prestasi Lebih Bijak
Pengering akan menetapkan kitaran pengeringan paling sesuai secara automatik dengan menerima data daripada mesin basuh melalui Wi-Fi. Pakaian dikeringkan lebih tepat tanpa perlu anda tetapkan sendiri.
Reka Bentuk Moden, Mudah & Fleksibel Mengikut Gaya Serta Keperluan Anda.
Notifications