TOP FREEZER FRIDGE

603L TOP FREEZER FRIDGE IN ESSENCE MATT BLACK WITH WATER DISPENSER & AUTO ICE MAKER

GRTF622PQHR

Ciri-ciri Utama

  • LinearCooling™ – Kekalkan Kesegaran Lebih Lama.
    Teknologi ini membantu mengekalkan suhu dalam peti sejuk lebih stabil supaya makanan seperti buah, sayur dan bahan mentah kekal segar lebih lama.

  • DoorCooling+™ – Penyejukan Lebih Cepat & Sekata.
    Udara sejuk disalurkan terus ke bahagian pintu peti sejuk untuk memastikan setiap ruang sejuk dengan lebih cepat dan sekata.

  • Hygiene Fresh – Sistem Penapis Udara Dalam Peti Sejuk.
    Membantu menapis bau dan bakteria di dalam peti sejuk supaya udara kekal bersih dan makanan sentiasa segar.
  • LG ThinQ™ – Kawalan Pintar Melalui Telefon.
    Kawal dan pantau peti sejuk anda dengan mudah melalui aplikasi di telefon pintar walaupun ketika anda berada di luar rumah.

  • Smart Inverter Compressor™ – Jimat Tenaga & Lebih Tahan Lama.
    Pemampat pintar yang membantu menjimatkan penggunaan elektrik, beroperasi lebih senyap dan direka untuk tahan lebih lama.

LinearCooling™
Mengekalkan kesegaran makanan seperti dari ladang lebih lama.

Teknologi LinearCooling™ membantu mengurangkan perubahan suhu di dalam peti sejuk. Dengan suhu yang lebih stabil, rasa dan kesegaran makanan seperti buah, sayur dan bahan mentah dapat dikekalkan sehingga 7 hari, seolah-olah masih baru dibeli dari pasar atau ladang.

DoorCooling+™
Penyejukan Lebih Cepat & Sekata..

Teknologi DoorCooling+™ menyalurkan udara sejuk dengan lebih cepat dan sekata ke seluruh ruang peti sejuk. Ini membantu memastikan makanan kekal segar lebih lama dan minuman menjadi sejuk dengan lebih cepat, tidak kira di rak mana ia disimpan.

Dengan sistem ini, setiap bahagian dalam peti sejuk menerima penyejukan yang lebih konsisten supaya kesegaran makanan sentiasa terjaga setiap masa.

Hygiene Fresh
Mengurangkan Bakteria & Bau, Memaksimumkan Kesegaran.

Teknologi Hygiene Fresh membantu memastikan bahagian dalam peti sejuk sentiasa bersih dan segar. Sistem ini berfungsi untuk mengurangkan bau tidak menyenangkan serta menyingkirkan sehingga 99.99% bakteria, supaya makanan disimpan dalam keadaan lebih bersih dan selamat.

Dengan udara yang lebih bersih di dalam peti sejuk, makanan dapat kekal segar lebih lama dan tidak mudah bercampur bau antara satu sama lain.

Fresh 0 Zone
Simpan Makanan Tanpa Perlu Nyahbeku. Jimat masa tanpa perlu defrost.

Ruang khas Fresh 0 Zone membolehkan anda menyimpan makanan seperti daging dan ikan pada suhu hampir 0°C. Dengan suhu ini, makanan kekal segar tanpa pembekuan.

Ini memudahkan anda terus memasak tanpa perlu menunggu proses nyahbeku, sekali gus menjimatkan masa ketika menyediakan hidangan untuk keluarga.

* Fresh 0 Zone mengekalkan makanan pada suhu yang lebih rendah berbanding ruang simpanan lain dalam peti sejuk.
* Suhu mungkin berbeza bergantung kepada tetapan peti sejuk, keadaan makanan serta cara penggunaan di rumah.

Moving Ice Maker
Ruang Freezer Lebih Luas Apabila Diperlukan.

Bekas pembuat ais ini boleh ditanggalkan dan dialihkan dengan mudah.

Apabila anda memerlukan lebih ruang di dalam freezer, anda hanya perlu keluarkan atau ubah kedudukan bekas ais tersebut untuk mendapatkan ruang simpanan tambahan.

Sangat praktikal untuk menyimpan makanan yang lebih besar atau dalam kuantiti yang banyak.

LG ThinQ™
Kawalan Pintar, Hidup Lebih Mudah.

Dengan LG ThinQ™, anda boleh mengawal peralatan rumah seperti peti sejuk dari mana-mana sahaja. Hanya gunakan telefon pintar atau mana-mana peranti yang disambungkan WiFi, dan anda boleh pantau atau ubah tetapan peti sejuk tanpa perlu berada di rumah.

Ini membantu anda menjaga kesegaran makanan, menjimatkan tenaga, dan memberi kemudahan maksimum dalam kehidupan seharian.

Smart Learner
Cara Penyejukan Yang Lebih Pintar.

Teknologi Smart Fresh Air “belajar” cara anda menggunakan peti sejuk untuk mengoptimumkan penyejukan.
Walaupun pada waktu puncak bila peti sejuk banyak dibuka, makanan tetap kekal segar dan sejuk dengan efektif.

Langkah 1.
Algoritma Smart Fresh Air.

Smart Fresh Air menganalisis corak penggunaan peti sejuk anda selama 3 minggu.

Dengan maklumat ini, ia menyesuaikan penyejukan secara automatik supaya makanan sentiasa sejuk dengan optimum, menjimatkan tenaga dan mengekalkan kesegaran lebih lama.

Langkah 2.
Menurunkan Suhu Sebanyak 1℃.

Berdasarkan cara anda menggunakan peti sejuk, Smart Fresh Air akan meningkatkan penyejukan 2 jam lebih awal sebelum waktu penggunaan tinggi.

Ini memastikan makanan kekal segar dan sejuk pada masa anda paling perlukan, tanpa perlu menunggu lama.

Langkah 3.
Kurangkan Kenaikan Suhu Untuk Kekal Segar.

Walaupun pintu kerap dibuka, suhu di dalam kekal berada pada tahap optimum supaya makanan kekal segar lebih lama.

Teknologi ini membantu memastikan buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan mentah tidak cepat rosak.

Smart Inverter Compressor™
Jimat Tenaga & Tahan Lama.

LG Smart Inverter Compressor™ direka untuk mengurangkan penggunaan elektrik sambil memastikan peti sejuk berfungsi dengan cekap dan tahan lama.

Dengan teknologi ini, anda boleh menjimatkan bil elektrik dan menikmati ketenangan fikiran sehingga 10 tahun tanpa risau tentang kerosakan.

Komitmen Kami Kepada Anda

Spesifikasi

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0