*Waranti selama 10 tahun hanya meliputi bahagian kompresor sahaja.
Kos tambahan selain kompresor mungkin akan dikenakan, seperti upah pemasangan/servis (labor), alat ganti lain, dan caj berkaitan.













612L INSTAVIEW
FRENCH DOOR FRIDGE SMART INVERTER COMPRESSOR IN WHITE GLASS FINISH
GV-K25FFGER
Ciri-ciri Utama
Mencerminkan gaya hidup anda yang moden dan elegan.
Gabungan antara fungsi dan reka bentuk elegan menghasilkan produk yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga mudah digunakan dalam kehidupan seharian.
InstaView™.
Ketuk Dua Kali Untuk Melihat Isi Di Dalam.
Hanya ketuk dua kali pada pintu kaca, anda boleh melihat isi peti sejuk tanpa perlu membukanya. Ini membantu mengurangkan udara sejuk keluar, sekaligus menjimatkan tenaga dan mengekalkan kesegaran makanan lebih lama.
LinearCooling™.
Mengekalkan Kesegaran Makanan Lebih Lama.
Teknologi Linear Cooling membantu mengekalkan suhu dalam peti sejuk lebih stabil. Dengan suhu yang konsisten, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan mentah kekal segar lebih lama seperti baru dibeli dari pasar.
DoorCooling™.
Penyejukan Lebih Cepat dan Sekata.
Sistem Door Cooling menyalurkan udara sejuk terus ke bahagian pintu peti sejuk. Ini memastikan setiap ruang, termasuk bahagian pintu, sejuk dengan lebih cepat dan sekata, supaya makanan sentiasa kekal segar.
FreshConverter+™.
Suhu Boleh Laras Mengikut Jenis Makanan.
Dengan Fresh Converter, anda boleh melaraskan suhu ruang simpanan mengikut jenis makanan seperti daging, ikan atau sayur-sayuran. Ini membantu memastikan setiap bahan makanan disimpan pada suhu yang paling sesuai untuk mengekalkan kesegarannya.
InstaView™.
Ketuk Dua Kali Untuk Melihat Isi Di Dalam.
Hanya ketuk dua kali pada pintu InstaView™, dan panel kaca akan menjadi lutsinar supaya anda boleh melihat apa yang ada di dalam peti sejuk tanpa perlu membuka pintu.
Dengan cara ini, udara sejuk tidak mudah keluar, sekali gus membantu mengekalkan suhu di dalam peti sejuk dan memastikan makanan kekal segar lebih lama. Selain itu, ia juga memudahkan anda melihat stok makanan dengan cepat tanpa perlu membuka pintu setiap kali.
Ruang Peti Sejuk Lebih Besar.
Kapasiti simpanan lebih luas dengan ruang yang dipertingkatkan.
Nikmati ruang simpanan yang lebih besar dengan peti sejuk generasi baharu ini. Anda boleh menyimpan lebih banyak bahan makanan seperti sayur, buah, minuman dan barangan dapur tanpa rasa sempit. Dengan kapasiti yang lebih luas, dapur juga kekal kemas kerana semua barang boleh disusun dengan lebih teratur di dalam peti sejuk.
LinearCooling™.
Mengekalkan Kesegaran Makanan Lebih Lama.
Teknologi LinearCooling™ membantu mengekalkan suhu dalam peti sejuk dengan lebih stabil dan konsisten. Ia mengurangkan perubahan suhu yang boleh menyebabkan makanan cepat rosak.
Dengan kawalan suhu yang lebih tepat, rasa dan kesegaran makanan dapat dikekalkan lebih lama, malah bahan makanan seperti buah, sayur dan bahan mentah boleh kekal segar sehingga 7 hari seperti baru dibeli dari pasar.
Smart Inverter Compressor™.
Makanan Kekal Segar, Jimat Tenaga.
Teknologi LG Smart Inverter Compressor™ membantu mengekalkan kesegaran makanan sambil menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Kompresor pintar ini akan melaraskan kelajuan motor secara automatik mengikut tahap penyejukan yang diperlukan.
Ini bermaksud peti sejuk tidak perlu bekerja terlalu kuat sepanjang masa. Hasilnya, penggunaan elektrik lebih jimat, operasi lebih senyap, dan makanan kekal segar lebih lama.
*Waranti selama 10 tahun hanya meliputi bahagian kompresor sahaja.
Kos tambahan selain kompresor mungkin akan dikenakan, seperti upah pemasangan/servis (labor), alat ganti lain, dan caj berkaitan.
DoorCooling⁺™.
Penyejukan Pantas dan Segar.
Teknologi DoorCooling⁺™ menyalurkan udara sejuk terus ke bahagian pintu peti sejuk. Ini membuatkan minuman lebih cepat sejuk, dan keseluruhan makanan dalam peti kekal segar dengan lebih cepat.
Bayangkan, minuman dalam pintu peti sejuk cepat sejuk tanpa tunggu lama, dan makanan lain pun sejuk sekata. Jadi takde lagi bahagian panas atau makanan cepat rosak!
FRESHConverter+™.
Suhu Disesuaikan Mengikut Jenis Makanan.
Fungsi FRESHConverter+™ membolehkan anda menyimpan makanan pada suhu yang sesuai mengikut jenisnya.
Contohnya: Daging, ikan, atau sayur-sayuran akan disimpan pada suhu optimum, supaya makanan kekal segar lebih lama dan rasa tetap sedap.
*Suhu boleh diubah dengan menekan butang “Select”. Terdapat tiga mod berbeza: Daging, Ikan, dan Sayur-sayuran.
Fresh Tray.
Makanan Segar Secara Teratur.
Simpan pelbagai jenis bahan makanan secara berasingan.
Dengan Fresh Tray, anda boleh menyimpan sayur-sayuran, rempah ratus dan sos secara berasingan, supaya setiap bahan kekal segar lebih lama dan tidak bercampur bau atau rasa.
Terdapat 3 kaedah simpanan berbeza yang direka untuk mengekalkan kesegaran setiap jenis makanan mengikut keperluan.
Hygiene Fresh⁺™.
Udara Bersih, Makanan Lebih Segar.
Teknologi Hygiene Fresh⁺™ membantu mengurangkan bau dan bakteria sehingga 99.999%, menjadikan udara dalam peti sejuk sentiasa bersih dan segar.
Dengan ini, makanan anda kekal lebih sihat, segar dan bebas bau setiap kali dibuka pintu peti sejuk.
Auto Ice Maker.
Pembuatan Ais Automatik.
Dapatkan ais banyak tanpa perlu sambungan paip.
Dengan sistem ini, anda boleh membuat ais dengan mudah, simpan secara automatik, dan jangka masa menunggu ais jadi lebih singkat.
Sesuai untuk minuman sejuk atau majlis keluarga tanpa perlu susah payah isi balang ais manual.
*Jika anda masukkan air ke dalam tangki secara manual, ais akan dihasilkan secara automatik.
Masa Pembersihan (Cleaning Time).
Bersihkan Peti Sejuk Tanpa Gangguan.
Kini anda boleh membersihkan peti sejuk dengan mudah tanpa perlu mematikan alarm atau mencabut plug. Semua bersih dengan selamat dan cepat, jadi tak perlu risau makanan rosak atau alarm berbunyi semasa proses pembersihan.
*Tekan butang “Masa Pembersihan” selama 3 saat untuk mengaktifkan fungsi ini. Fungsi Masa Pembersihan akan berjalan selama 15 minit.
*Apabila Masa Pembersihan diaktifkan, udara sejuk dan bunyi alarm akan dimatikan sementara, tetapi lampu LED akan tetap menyala.
Premium Flat Mirror Design.
Reka Bentuk Cermin Rata Premium.
Dapur anda akan kelihatan lebih moden dan elegan dengan reka bentuk pintu cermin rata yang premium ini. Selain memberikan sentuhan mewah pada ruang dapur, permukaan cermin khas ini juga lebih tahan calar dan membantu mengekalkan warna pintu supaya sentiasa nampak cantik seperti baru.
Reka bentuk ini bukan sahaja menarik dari segi penampilan, malah menjadikan peti sejuk mudah dipadankan dengan pelbagai konsep dapur moden.
Metal Fresh™.
Kemasan Metalik Yang Lebih Bergaya.
Rekaan kemasan metalik elegan pada bahagian dalam peti sejuk memberikan sentuhan moden dan premium. Garisan aksen berwarna perak pada rak dan laci menjadikan bahagian dalaman kelihatan lebih kemas, eksklusif dan menarik.
Selain nampak cantik, reka bentuk ini juga memberikan suasana dalaman peti sejuk yang lebih mewah dan teratur, sesuai dengan dapur moden masa kini.
Smart Learner.
Penyejukan Pintar Dengan Analisis Data.
Teknologi Smart Fresh Air dalam peti sejuk ini mampu menganalisis corak penggunaan harian anda. Sistem ini akan belajar bagaimana dan bila peti sejuk sering dibuka, kemudian melaras penggunaan tenaga secara automatik untuk memastikan penyejukan sentiasa optimum.
Apabila pintu peti sejuk dibuka, teknologi ini juga membantu mengelakkan kenaikan suhu secara mendadak, supaya udara sejuk kekal di dalam dan makanan terus berada dalam keadaan segar.
Hasilnya, makanan kekal segar lebih lama sambil membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
LG ThinQ®
Kawal Peralatan Rumah Anda Dari Mana Sahaja Dengan LG ThinQ®
Aplikasi LG ThinQ® membolehkan anda mengawal dan memantau peralatan rumah dengan mudah hanya melalui telefon pintar. Sama ada peti sejuk, mesin basuh atau aircond, semuanya boleh diurus dalam satu aplikasi.
Dengan teknologi pintar ini, LG ThinQ® bertindak sebagai pembantu rumah digital yang membantu menjadikan kehidupan harian lebih selesa, mudah dan teratur. Anda boleh menyemak status peralatan, membuat tetapan, dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik walaupun ketika anda tidak berada di rumah.
Reka bentuk moden dengan inovasi terkini untuk gaya hidup masa kini.
Notifications