635L INSTAVIEW DOOR-IN-DOOR

SIDE-BY-SIDE FRIDGE SMART INVERTER COMPRESSOR IN MATTE BLACK FINISH

GC-J257SQNW

Ciri-ciri Utama

• InstaView Door-in-Door™
Ketuk dua kali pada pintu kaca untuk melihat isi di dalam tanpa perlu membuka pintu peti sejuk.

• UVnano® Water Dispenser
Dispenser air dengan teknologi UV yang membantu membersihkan muncung dispenser dan mengurangkan bakteria untuk air yang lebih bersih.

• DoorCooling+™
Sistem penyejukan yang menyalurkan udara sejuk dengan lebih cepat dan sekata ke seluruh ruang peti sejuk.

• LG ThinQ™
Teknologi pintar yang membolehkan anda memantau dan mengawal peti sejuk melalui aplikasi di telefon pintar.

Door-in-Door™
Akses Pantas & Mudah Kepada Makanan Kegemaran Anda.

Ciri Door-in-Door™ membolehkan anda mengambil makanan atau minuman kegemaran dengan lebih cepat dan mudah melalui ruang pintu khas. Dengan butang pembuka tersembunyi, anda boleh membuka bahagian ini tanpa perlu membuka keseluruhan pintu peti sejuk. Ini membantu mengurangkan udara sejuk keluar dan mengekalkan kesegaran makanan lebih lama.

Reka Bentuk Segar Dengan Inovasi Terkini.

Modern Flat Door

Reka bentuk pintu rata yang moden memberikan penampilan dapur yang lebih kemas, elegan dan nampak lebih premium

Black Glass InstaView™

Pintu kaca hitam yang bergaya membolehkan anda melihat isi di dalam peti sejuk hanya dengan ketuk dua kali, tanpa perlu membuka pintu.

UVnano™

Teknologi UVnano™ membantu membersihkan muncung dispenser air menggunakan cahaya UV untuk memastikan air yang anda minum sentiasa bersih.

LG ThinQ™

Kawal dan pantau peti sejuk anda melalui aplikasi LG ThinQ™ di telefon pintar untuk kemudahan yang lebih pintar dan moden.

Akses Mudah Dengan InstaView™.
Ketuk Dua Kali, Terus Nampak Isi Di Dalam.

Hanya ketuk dua kali pada pintu Black Glass InstaView™ yang direka dengan gaya moden, anda boleh melihat isi di dalam peti sejuk tanpa perlu membuka pintu. Ini membantu mengekalkan udara sejuk di dalam serta memudahkan anda mencari makanan dengan cepat.

UVnano™.
Nikmati Kesegaran Air Yang Lebih Bersih. Segarkan Muncung Dispenser Anda Setiap Hari.

Teknologi UVnano™ menggunakan cahaya UV untuk membantu mengurangkan sehingga 99.99% bakteria pada muncung dispenser air secara automatik, supaya air yang anda minum sentiasa lebih bersih dan selamat.

Kesegaran.
Mengekalkan Kesegaran Semula Jadi.

Peti sejuk French-door premium ini dilengkapi dengan teknologi penyejukan canggih yang membantu memastikan buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan makanan anda kekal segar seperti baru dibeli.

LinearCooling™.
Mengekalkan Kesegaran Makanan Lebih Lama.

Teknologi LinearCooling™ membantu mengekalkan suhu dalam peti sejuk dengan lebih stabil dan konsisten. Ia mengurangkan perubahan suhu yang boleh menyebabkan makanan cepat rosak.

Dengan kawalan suhu yang lebih tepat, rasa dan kesegaran makanan dapat dikekalkan lebih lama, malah bahan makanan seperti buah, sayur dan bahan mentah boleh kekal segar sehingga 7 hari seperti baru dibeli dari pasar.

DoorCooling⁺™.
Penyejukan Lebih Cepat & Sekata.

Minuman menjadi lebih sejuk dan makanan kekal segar lebih lama dengan prestasi DoorCooling+™ yang menyalurkan udara sejuk secara lebih sekata dan pantas ke seluruh ruang peti sejuk.

Bayangkan, minuman dalam pintu peti sejuk cepat sejuk tanpa tunggu lama, dan makanan lain pun sejuk sekata. Jadi takde lagi bahagian panas atau makanan cepat rosak!

Hygiene Fresh⁺™.
Udara Bersih, Makanan Lebih Segar.

Teknologi Hygiene Fresh⁺™ membantu mengurangkan bau dan bakteria sehingga 99.999%, menjadikan udara dalam peti sejuk sentiasa bersih dan segar. Dengan ini, makanan anda kekal lebih sihat, segar dan bebas bau setiap kali dibuka pintu peti sejuk.

Kapasiti Besar.
Simpan Lebih Banyak Dengan Lebih Besar Ruang Dalaman.

Nikmati banyak ruang untuk menyimpan semua makanan dan minuman anda yang tidak memenuhi ruang dapur.

Pelbagai Aliran Udara.

Corong udara penyejukan berganda menyegarkan dan mengedarkan udara sejuk ke setiap sudut peti sejuk, memastikan setiap makanan disejukkan dengan betul.

Smart Inverter Compressor™.
Penyejukan Lebih Cepat, Jimat Tenaga.

LG Smart Inverter Compressor™ membantu mengekalkan suhu yang ideal di dalam peti sejuk dengan lebih cekap dan pantas. Teknologi ini juga membantu menjimatkan penggunaan elektrik serta direka untuk tahan lama, dengan jaminan 10 tahun untuk bahagian compressor.

Auto Ice Maker.
Pembuatan Ais Automatik.

Dapatkan ais banyak tanpa perlu sambungan paip. Dengan sistem ini, anda boleh membuat ais dengan mudah, simpan secara automatik, dan jangka masa menunggu ais jadi lebih singkat. Sesuai untuk minuman sejuk atau majlis keluarga tanpa perlu susah payah isi balang ais manual.

LG ThinQ®
Kawal Peralatan Rumah Anda Dari Mana Sahaja Dengan LG ThinQ®

Spesifikasi

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0