665L FRENCH DOOR

FRENCH DOOR FRIDGE SMART INVERTER COMPRESSOR IN MATTE BLACK FINISH

GC-B24FFCPB

Ciri-ciri Utama

• LG ThinQ™ – Kawalan Pintar Dari Jauh.
Kawal dan pantau peti sejuk anda dengan mudah melalui aplikasi LG ThinQ™ di telefon pintar untuk kehidupan yang lebih pintar dan selesa.

• Inverter Linear Compressor – Senyap, Jimat Tenaga & Tahan Lama.
Pemampat Inverter Linear Compressor beroperasi dengan lebih senyap, menjimatkan tenaga dan direka untuk tahan lama dengan jaminan sehingga 10 tahun untuk alat ganti.

Reka Bentuk Pintu Rata Untuk Gaya Moden.
Keanggunan kontemporari untuk dapur anda, rekabentuk yang diperbaharui untuk menampilkan gaya dapur yang lebih moden dan menarik.

Pintu rata bersama pemegang tersembunyi (pocket handle) menjadikan peti sejuk kelihatan lebih kemas, moden dan elegan dalam dapur anda.

Screenshot 2026 03 13 At 10.49.07 AM

Reka Bentuk Segar Dengan Inovasi Terkini.

Screenshot 2026 03 13 At 10.54.06 AM

Modern Flat Door

Reka bentuk pintu rata yang moden memberikan penampilan dapur yang lebih kemas, elegan dan nampak lebih premium

Screenshot 2026 03 13 At 10.56.04 AM

LG ThinQ™

Kawal dan pantau peti sejuk anda melalui aplikasi LG ThinQ™ di telefon pintar untuk kemudahan yang lebih pintar dan moden.

Screenshot 2026 03 13 At 10.56.14 AM

Inverter Linear™

Teknologi Inverter Linear™ membantu peti sejuk beroperasi dengan lebih cekap, meminimakan penggunaan elektrik serta lebih senyap.

Kesegaran.
Mengekalkan Kesegaran Semula Jadi.

Peti sejuk French-door premium ini dilengkapi dengan teknologi penyejukan canggih yang membantu memastikan buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan makanan anda kekal segar seperti baru dibeli.

Screenshot 2026 03 12 At 3.57.50 PM 1

LinearCooling™.
Mengekalkan Kesegaran Makanan Lebih Lama.

Screenshot 2026 03 13 At 11.13.38 AM

Teknologi LinearCooling™ membantu mengekalkan suhu dalam peti sejuk dengan lebih stabil dan konsisten. Ia mengurangkan perubahan suhu yang boleh menyebabkan makanan cepat rosak.

Dengan kawalan suhu yang lebih tepat, rasa dan kesegaran makanan dapat dikekalkan lebih lama, malah bahan makanan seperti buah, sayur dan bahan mentah boleh kekal segar sehingga 7 hari seperti baru dibeli dari pasar.

Penyejukan Dari Setiap Sudut.
Lebih Segar, Lebih Pantas, Lebih Sejuk.

Screenshot 2026 03 13 At 11.26.07 AM

Sistem Multi-Air Flow menyalurkan udara sejuk dari pelbagai arah untuk memastikan penyejukan yang lebih sekata. Ini membantu makanan kekal lebih segar dan sejuk lebih lama.

Reka Bentuk Praktikal Dengan Sentuhan Premium.

Screenshot 2026 03 13 At 11.33.14 AM

Zon segar yang lebih besar memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran tetap segar dengan mengekalkan keadaan kesegaran yang ideal.

Screenshot 2026 03 12 At 10.04.39 PM
Screenshot 2026 03 12 At 10.39.12 PM

Smart Inverter Compressor™.
Penyejukan Lebih Cepat, Jimat Tenaga.

LG Inverter Linear Compressor™ membantu mengekalkan suhu yang ideal di dalam peti sejuk dengan lebih cekap dan pantas. Teknologi ini juga membantu menjimatkan penggunaan elektrik serta direka untuk tahan lama, dengan jaminan 10 tahun untuk bahagian compressor.

Screenshot 2026 03 13 At 11.44.08 AM

Smart Learner.
Peti Sejuk Anda Kini Lebih Pintar.

Teknologi Smart Learner mempelajari corak penggunaan anda untuk mengoptimumkan penyejukan, penggunaan tenaga dan penghasilan ais. Sistem ini akan menyejukkan 2 jam lebih awal sebelum waktu penggunaan tinggi bagi mengelakkan pembaziran tenaga.

Ketika penggunaan rendah, ia akan mengurangkan pergerakan compressor untuk membantu menjimatkan elektrik.

Screenshot 2026 03 13 At 11.45.17 AM
Screenshot 2026 03 13 At 11.43.03 AM
Screenshot 2026 03 12 At 11.11.48 PM

LG ThinQ®
Kawal Peralatan Rumah Anda Dari Mana Sahaja Dengan LG ThinQ®

Nikmati Kehidupan Lebih Pintar Dengan LG ThinQ™. Kekal berhubung dengan peti sejuk anda melalui aplikasi LG ThinQ™. Anda boleh mengurus dan memantau peti sejuk dengan mudah serta menerima notifikasi terkini di telefon pintar walaupun berada di luar rumah.

Spesifikasi

665L 11
Screenshot 2026 03 13 At 12.06.40 PM 1024x559
Screenshot 2026 03 13 At 12.07.10 PM 1024x670
Screenshot 2026 03 13 At 12.07.30 PM 1024x554