WashTower™

14/10kg WashTower™ All-In-One Stacked Washer Dryer

WT1410NHB

Ciri-ciri Utama

  • Integrated Single Body – Reka Bentuk Badan Tunggal Bersepadu (Gabungan mesin basuh dan pengering dalam satu unit yang kemas, elegan dan menjimatkan ruang kediaman anda).

  • Center Control – Kawalan Tengah (Panel kawalan di tengah untuk pengalaman penggunaan yang lebih mudah, selesa dan intuitif).

  • AI DD™ / Smart Pairing™ – Teknologi Pintar AI / Padanan Pintar (Mengesan jenis fabrik secara automatik dan memilih tetapan terbaik untuk menjaga kualiti pakaian anda setiap cucian).

  • TurboWash™ 360 / Dry Ready – Cucian Pantas 360 / Sedia Untuk Pengeringan (Cucian menyeluruh dari pelbagai arah dalam masa yang lebih singkat, terus sedia untuk pengeringan tanpa menunggu lama).

  • Allergy Care – Penjagaan Anti-Alahan (Membantu menanggalkan alergen dan bakteria untuk pakaian yang lebih bersih dan selamat dipakai setiap hari).

  • Dual Inverter HeatPump™ – Teknologi Pam Haba Dwi Inverter Jimat Tenaga (Teknologi pam haba dwi inverter yang cekap tenaga, operasi lebih senyap dan menjaga pakaian agar tahan lebih lama).

  • LG ThinQ

Penyelesaian Dobi Pintar Dalam Satu.

LG WashTower™ merupakan gabungan mesin basuh dan pengering pertama seumpamanya yang direka dalam satu unit bersepadu. Ia memberikan semua yang anda perlukan dalam kehidupan harian.
Lebih cepat, mudah digunakan, pintar dan bergaya
. Semuanya dalam satu mesin untuk pengalaman dobi yang lebih praktikal dan moden.

Menara Inovasi Dobi Moden.

Dibina dengan teknologi pintar yang mampu mengenal pasti tetapan cucian dan pengeringan yang paling sesuai secara automatik. Ini membantu memastikan pakaian anda dicuci dengan lebih efisien, dijaga dengan baik dan sentiasa dalam keadaan terbaik tanpa perlu pening fikir setting.

Screenshot 2026 04 05 At 12.44.29 PM 1 1024x928

Lebih Ruang Untuk Menyerikan Kediaman Anda.

Nikmati reka bentuk LG WashTower™ yang bergaya dan menjimatkan ruang, direka khas untuk memberikan susunan dobi yang lebih kemas dan teratur.

Dengan reka bentuk ergonomik, ia memudahkan penggunaan harian sambil menjadikan ruang rumah anda nampak lebih moden, luas dan selesa.

Kawal Dengan Mudah Melalui Center Control.

Panel kawalan semua dalam satu, berada dalam jangkauan anda untuk penggunaan yang lebih mudah. Reka bentuknya sangat intuitif, sampai anda akan tertanya-tanya kenapa fungsi mudah macam ni tak ada dari dulu lagi. LG WashTower lebih rendah berbanding mesin basuh dan pengering yang disusun secara tradisional.

Dibina Dengan Teknologi Pintar.

Nikmati cucian pakaian yang lebih bersih tanpa perlu berfikir panjang dengan Teknologi Pintar pada LG WashTower™. Mesin ini membantu memilih tetapan cucian yang sesuai secara automatik, jadi anda hanya perlu tekan dan biarkan ia bekerja untuk hasil cucian yang terbaik.

AI DD™ – Teknologi Pintar Untuk Penjagaan Fabrik.

Teknologi AI DD™ secara automatik mengesan jenis fabrik dan memilih corak cucian yang paling sesuai. Ini membantu menjaga pakaian anda dengan lebih lembut, supaya kualiti kain kekal elok dan tahan lebih lama.

Screenshot 2026 04 06 At 1.34.08 PM 1

Smart Pairing™ – Padanan Pintar.

Dengan teknologi Smart Pairing™, pakaian yang telah dicuci akan terus dikeringkan menggunakan tetapan yang paling sesuai secara automatik. Anda hanya perlu tekan Start, dan mesin akan uruskan semuanya untuk hasil yang lebih sempurna tanpa perlu pening fikir setting.

Screenshot 2026 04 06 At 1.51.16 PM

Kurangkan 99.9% Hama Habuk Hidup Dengan LG Allergy Care.

Pakai pakaian dengan lebih yakin kerana teknologi LG Allergy Care membantu mengurangkan sehingga 99.9% hama habuk hidup yang boleh menyebabkan alahan. Pakaian jadi lebih bersih, segar dan selamat untuk kulit sensitif serta seisi keluarga.

*Program Allergy Care untuk mesin basuh yang diperakui oleh BAF (British Allergy Foundation) mampu mengurangkan sehingga 99.9% hama habuk, manakala program Allergy Care untuk pengering juga diperakui oleh BAF dan membantu mengurangkan sehingga 99.9% hama habuk hidup.
*Program Allergy Care boleh dimuat turun melalui aplikasi ThinQ atau dipilih terus daripada pilihan Cloud Cycle di dalam aplikasi tersebut.

Allergy Care by Washer

Allergy Care by Dryer

Cucian & Pengeringan Siap Dalam Masa 1 Jam Untuk Muatan Kecil.

Dengan fungsi Quick Wash & Dry serta pilihan Prepare to Dry, anda boleh menyiapkan cucian dan pengeringan dalam masa sekitar 1 jam sahaja untuk muatan kecil seperti pakaian sukan atau baju tidur. Tak perlu tunggu lama, semuanya siap dengan cepat, mudah dan praktikal untuk kegunaan harian.

*Diuji oleh Intertek dengan 3 jenis muatan berbeza iaitu pakaian sukan wanita, 3 helai baju kemeja, dan 2 pasang baju tidur. Ujian dijalankan menggunakan mod Speed Wash (Quick Wash) untuk mesin basuh, mod Small Load (Quick Dry) untuk pengering serta pilihan “Prepare to Dry”.
*Keputusan mungkin berbeza bergantung kepada jenis pakaian dan keadaan persekitaran.

TurboWash™ 360 – Cucian Pantas, Hasil Maksimum.

Selesaikan cucian anda dengan lebih cepat dan efisien. Dengan teknologi TurboWash™ 360, pakaian dapat dibersihkan secara menyeluruh dalam hanya 30 minit, tanpa menjejaskan penjagaan fabrik supaya pakaian kekal tahan lama dan terjaga kualitinya.

Screenshot 2026 04 06 At 2.41.50 PM

*Tested by Intertek, Cotton cycle with default option based on 3 kg loads.

DUAL Inverter Heat Pump™ Dryer.
Cara Pengeringan Yang Lebih Jimat Tenaga.

Teknologi ini membolehkan mesin mengawal kelajuan aliran udara dari sangat laju hingga perlahan secara stabil, tanpa perlu kerap menghidupkan dan mematikan system berulang kali. Ini membantu menjimatkan elektrik, mengurangkan bunyi dan memastikan pakaian dikeringkan dengan lebih lembut serta tahan lebih lama.

Conventional
Uncontrollable compressing Speed

LG Dual Inverter
Controlled compressing Speed

Auto Cleaning Condenser – Pembersihan Automatik Tanpa Renyah.

Screenshot 2026 04 06 At 3.14.01 PM

Kondensor direka dengan fungsi pembersihan yang mudah untuk penyelenggaraan tanpa masalah.

Nikmati kemudahan dengan Auto Cleaning Condenser yang membersihkan dirinya sendiri secara automatik, jadi anda tak perlu lagi bersusah payah cuci secara manual. Lebih mudah, lebih jimat masa, dan sentiasa kekal berfungsi dengan baik.

Kawalan Pintar, Hidup Lebih Bijak.

Kawal Peralatan Rumah Dari Mana Sahaja Dengan LG ThinQ®

Screenshot 2026 04 06 At 3.27.35 PM

Penyelenggaraan Produk Yang Efisien

Screenshot 2026 04 06 At 3.34.02 PM

Tahan Lama, Kurang Getaran, Bunyi Lebih Senyap.

Screenshot 2026 04 06 At 3.44.54 PM

Spesifikasi

Screenshot 2026 04 07 At 10.39.52 AM 1024x527
Screenshot 2026 04 07 At 10.43.16 AM 1024x548
Screenshot 2026 04 07 At 10.43.56 AM 1024x619
Screenshot 2026 04 07 At 10.44.24 AM 1024x563
Screenshot 2026 04 07 At 10.44.51 AM 1024x402
Screenshot 2026 04 07 At 10.45.18 AM 1024x657