WashTower™

25/20kg Objet WashTower™ All-In-One Stacked Washer Dryer

WT2520NHEGR

Ciri-ciri Utama

  • One-body 25kg Washer & 20kg Dryer Solution – Mesin Basuh & Pengering Bersepadu (25kg Basuh / 20kg Kering). (Gabungan mesin basuh dan pengering dalam satu unit yang kemas, elegan dan menjimatkan ruang kediaman anda).

  • All-in-one Center Control – Kawalan Tengah Serba Lengkap (Semua fungsi dikawal dari satu panel di tengah, lebih mudah digunakan dan nampak kemas).

  • AI Direct Drive – Teknologi Pintar AI Direct Drive (Mengesan jenis fabrik dan menyesuaikan pergerakan cucian secara automatik untuk menjaga pakaian dengan lebih baik).

  • TurboWash™ 360 – Cucian Pantas 360° (Cucian menyeluruh dari pelbagai arah dalam masa yang lebih singkat, jimat masa tanpa mengurangkan kualiti cucian).

  • Allergy Care – Penjagaan Anti-Alahan (Membantu menanggalkan alergen dan bakteria untuk pakaian yang lebih bersih dan selamat dipakai setiap hari).

  • Dual Inverter HeatPump™ – Teknologi Pam Haba Dwi Inverter Jimat Tenaga (Teknologi pam haba dwi inverter yang cekap tenaga, operasi lebih senyap dan menjaga pakaian agar tahan lebih lama).

  • LG ThinQ App Compatible – Serasi Dengan Aplikasi LG ThinQ (Boleh dikawal dan dipantau melalui aplikasi di telefon pintar untuk kemudahan yang lebih pintar dan moden).

Cipta Gaya Anda Sendiri.
Prestasi Hebat, Gaya Ikut Citarasa Anda.

Serlahkan ruang kediaman anda dengan gaya yang lebih unik dan istimewa bersama LG Objet WashTower™. Direka bukan sahaja untuk prestasi terbaik, tetapi juga untuk melengkapkan dekorasi rumah agar nampak lebih moden dan elegan.

Inspirasi Warna Semula Jadi.

Rasai ketenangan dengan pilihan warna yang diinspirasikan daripada alam semula jadi, menjadikan ruang rumah anda nampak lebih harmoni dan menenangkan.

Galeri Dalaman.
Transformasikan Ruang Anda.

Lihat bagaimana reka bentuk moden dan elegan ini boleh mencantikkan ruang kediaman anda, menjadikannya lebih kemas, selesa dan menarik setiap hari. LG Objet WashTower™ menjadikan ruang dobi anda lebih bergaya dan moden.

Ruang Dobi

Ruang Mandi

Ruang Utiliti

Reka Bentuk Fit (Padanan Sempurna).
Mudahkan Konsep Built-In di Rumah Anda.

Dengan kemasan matte dan warna yang nampak natural, reka bentuk ini memberikan rupa seakan-akan built-in custom yang lebih kemas, moden dan sesuai dengan dekorasi ruang anda.

Lebih Ruang, Lebih Gaya Untuk Kediaman Anda.

Nikmati reka bentuk LG Objet WashTower™ yang moden, bergaya dan menjimatkan ruang. Direka secara ergonomik, ia memberikan pengalaman mencuci dan mengering yang lebih selesa sambil mencantikkan ruang rumah anda.

Panel Kawalan Mudah Dicapai.

Panel kawalan yang terletak di bahagian tengah memudahkan anda mengakses fungsi mesin basuh dan pengering dengan lebih senang. Semua tetapan berada dalam jangkauan, penggunaan jadi lebih cepat, praktikal dan selesa.

LG Objet WashTower™ Direka Lebih Rendah & Praktikal.

Berbanding mesin basuh dan pengering yang disusun secara tradisional, LG Objet WashTower™ mempunyai reka bentuk yang lebih rendah. Ini memudahkan anda untuk capai dan gunakan tanpa perlu membongkok atau menjengket, lebih selesa untuk kegunaan harian.

Dibina Dengan Teknologi Pintar.

Tak perlu lagi pening fikir tetapan cucian. Dengan Teknologi Pintar pada LG Objet WashTower™, mesin ini membantu memberikan hasil cucian yang bersih dan terbaik secara automatik dengan lebih mudah.

AI DD™ – Teknologi Pintar Untuk Penjagaan Fabrik.

Teknologi AI DD™ secara automatik mengesan jenis fabrik dan memilih corak cucian yang paling sesuai. Ini membantu menjaga pakaian anda dengan lebih lembut, supaya kualiti kain kekal elok dan tahan lebih lama.

Smart Pairing™ – Padanan Pintar.

Dengan teknologi Smart Pairing™, pakaian yang telah dicuci akan terus dikeringkan menggunakan tetapan yang paling sesuai secara automatik. Anda hanya perlu tekan Start, dan mesin akan uruskan semuanya untuk hasil yang lebih sempurna tanpa perlu pening fikir setting.

Kurangkan 99.9% Hama Habuk Hidup Dengan LG Allergy Care Cycle.

Pakai pakaian dengan lebih yakin kerana teknologi LG Allergy Care membantu mengurangkan sehingga 99.9% hama habuk hidup yang boleh menyebabkan alahan. Pakaian jadi lebih bersih, segar dan selamat untuk kulit sensitif serta seisi keluarga.

*Program Allergy Care untuk mesin basuh yang diperakui oleh BAF (British Allergy Foundation) mampu mengurangkan sehingga 99.9% hama habuk, manakala program Allergy Care untuk pengering juga diperakui oleh BAF dan membantu mengurangkan sehingga 99.9% hama habuk hidup.
*Program Allergy Care boleh dimuat turun melalui aplikasi ThinQ atau dipilih terus daripada pilihan Cloud Cycle di dalam aplikasi tersebut.

Allergy Care by Washer

Allergy Care by Dryer

Cucian & Pengeringan Siap Dalam Masa 1 Jam Untuk Muatan Kecil.

Dengan fungsi Quick Wash & Dry serta pilihan Prepare to Dry, anda boleh menyiapkan cucian dan pengeringan dalam masa sekitar 1 jam sahaja untuk muatan kecil seperti pakaian sukan atau baju tidur. Tak perlu tunggu lama, semuanya siap dengan cepat, mudah dan praktikal untuk kegunaan harian.

*Diuji oleh Intertek dengan 3 jenis muatan berbeza iaitu pakaian sukan wanita, 3 helai baju kemeja, dan 2 pasang baju tidur. Ujian dijalankan menggunakan mod Speed Wash (Quick Wash) untuk mesin basuh, mod Small Load (Quick Dry) untuk pengering serta pilihan “Prepare to Dry”.
*Keputusan mungkin berbeza bergantung kepada jenis pakaian dan keadaan persekitaran.

TurboWash™ 360 – Cucian Pantas, Hasil Maksimum.

Selesaikan cucian anda dengan lebih cepat dan efisien. Dengan teknologi TurboWash™ 360, pakaian dapat dibersihkan secara menyeluruh dalam hanya 30 minit, tanpa menjejaskan penjagaan fabrik supaya pakaian kekal tahan lama dan terjaga kualitinya.

*Tested by Intertek, Cotton cycle with default option based on 3 kg loads.

DUAL Inverter Heat Pump™ Dryer.
Cara Pengeringan Yang Lebih Jimat Tenaga.

Teknologi ini membolehkan mesin mengawal kelajuan aliran udara dari sangat laju hingga perlahan secara stabil, tanpa perlu kerap menghidupkan dan mematikan system berulang kali. Ini membantu menjimatkan elektrik, mengurangkan bunyi dan memastikan pakaian dikeringkan dengan lebih lembut serta tahan lebih lama.

Conventional
Uncontrollable compressing Speed

LG Dual Inverter
Controlled compressing Speed

Auto Cleaning Condenser – Pembersihan Automatik Tanpa Renyah.

Kondensor direka dengan fungsi pembersihan yang mudah untuk penyelenggaraan tanpa masalah.

Nikmati kemudahan dengan Auto Cleaning Condenser yang membersihkan dirinya sendiri secara automatik, jadi anda tak perlu lagi bersusah payah cuci secara manual. Lebih mudah, lebih jimat masa, dan sentiasa kekal berfungsi dengan baik.

Kawalan Pintar, Hidup Lebih Bijak.

Kawal Peralatan Rumah Dari Mana Sahaja Dengan LG ThinQ®

Penyelenggaraan Produk Yang Efisien

Tahan Lama, Kurang Getaran, Bunyi Lebih Senyap.

Spesifikasi

Scroll to Top