Tak perlu tukar nozzle bila beralih dari karpet ke lantai keras. Semuanya boleh dibersihkan dengan satu alat sahaja. Lampu LED juga membantu anda nampak habuk di kawasan gelap dengan lebih jelas.















LG CordZero™ All-in-One Tower A9X
LG CordZero™ All-in-One Tower A9X Wireless Vacuum Cleaner with Steam Power Mop
A9X-RSTEAM
Ciri-ciri Utama
• Auto Empty / UVC LED – Pembersihan Automatik & Steril.
Habuk dikosongkan secara automatik, manakala teknologi UVC LED membantu membunuh bakteria untuk kebersihan yang lebih menyeluruh.
• Steam Power Mop – Mop Wap Berkuasa.
Fungsi mop dengan wap panas membantu menanggalkan kotoran degil dan membersihkan lantai dengan lebih efektif.
• Wide Slim Nozzle – Kepala Penyedut Lebar & Nipis.
Reka bentuk yang lebar dan nipis memudahkan pembersihan di kawasan sempit seperti bawah sofa dan celah perabot.
• LG ThinQ™ – Kawalan Pintar.
Pantau dan kawal penggunaan vacuum melalui aplikasi di telefon untuk pengalaman yang lebih mudah dan moden.
• All Washable Filters – Penapis Boleh Dibasuh.
Semua penapis boleh dicuci semula, menjimatkan kos dan memastikan prestasi sentiasa optimum.
• Accessory Storage & Battery Charge – Simpanan Aksesori & Pengecasan Bateri.
Datang dengan ruang simpanan aksesori dan fungsi pengecasan bateri dalam satu tempat untuk lebih kemas dan praktikal.
Ciri-ciri Istimewa LG CordZero™ Yang Pasti Anda Suka.
Buang Habuk Secara Automatik
Bekas habuk akan dikosongkan secara automatik apabila diletakkan pada dock. Ini membantu menjimatkan masa dan mengelakkan habuk berterbangan, menjadikan proses pembersihan lebih mudah dan bersih.
Power Nozzle (Kepala Penyedut Serbaguna)
Satu nozzle untuk pelbagai jenis permukaan. Dilengkapi dengan gabungan roller lembut dan berus khas karpet, memudahkan anda membersihkan lantai keras dan karpet dengan lebih efektif tanpa perlu tukar kepala penyedut.
LG Compressor
Kuasa sedutan yang lebih kuat & konsisten, membantu pembersihan jadi lebih efektif setiap kali digunakan.
Kapasiti bekas habuk juga lebih besar, jadi anda tak perlu kosongkannya terlalu kerap.
Steam Power Mop (Mop Wap Berkuasa)
Vakum dan mop lantai anda serentak dalam satu masa. Fungsi wap panas membantu menanggalkan kotoran dengan lebih mudah, menjadikan lantai lebih bersih & bersinar tanpa perlu kerja dua kali.
Pengosongan Automatik & Penyimpanan Mudah.
Bebaskan tangan anda daripada habuk dan kotoran. Hanya letakkan vacuum pada tower, dan bekas habuk akan dikosongkan secara automatik. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu mengelakkan habuk daripada kembali tersebar ke udara.
Bebas Daripada Habuk, Debunga & Bulu Haiwan
Reka bentuk menara (tower design) ini dilengkapi dengan sistem penapisan 3 peringkat yang membantu memerangkap kotoran dengan lebih berkesan. Ia juga menapis zarah halus supaya habuk dan bulu haiwan tidak terlepas kembali ke udara semasa proses pengosongan.
Nikmati Kemudahan Bekas Pembersihan Automatik
Nikmati bekas habuk yang membersih sendiri untuk pengalaman lebih mudah dan praktikal.
Kebersihan Dalaman Lebih Terjaga dengan UVC LED. Teknologi UVC LED berfungsi pada bahagian atas habuk dalam beg untuk membantu menghalang pertumbuhan bakteria, sekaligus memastikan bahagian dalam kekal bersih dan lebih higienik.
Lebih Ruang untuk Menyerlahkan Gaya Anda
Nikmati ruang yang lebih luas di rumah anda dengan reka bentuk yang bukan sahaja praktikal, tetapi juga sepadan dengan gaya dan citarasa kediaman anda.
Mudah Disimpan.
Reka Bentuk Yang Bergaya & Menjimatkan Ruang.
Vacuum boleh didok dalam satu unit supaya rumah lebih kemas dan tidak berselerak. Menara aksesori ini juga memudahkan anda menyimpan ‘extra vacuum nozzles’ serta aksesori vacuum lain dengan lebih kemas dan teratur.
Pembersihan Cekap & Hebat.
Vacuum & Mop Pada Masa Yang Sama.
Gunakan fungsi Steam Mop untuk membantu menanggalkan habuk dan kotoran dengan lebih mudah dan berkesan. Anda juga boleh vakum dan mop lantai pada masa yang sama, menjadikan kerja pembersihan lebih cepat, mudah dan efisien.
Dari Mop Biasa ke Mop Wap
Dengan mudah, tukar daripada mode mop biasa ke mode mop wap menggunakan steam battery pack. Hanya pasang dan terus boleh gunakan fungsi wap untuk pembersihan yang lebih berkesan.
Vakum & Mop Serentak Dalam Satu Masa
Anda boleh vakum dan mop permukaan lantai sekali gus, tanpa perlu buat dua kerja berasingan. Fungsi ini bekerjasama untuk membantu menjimatkan masa dan memudahkan kerja pembersihan harian anda.
Pembersihan Tanpa Gangguan dengan Mop Sentiasa Basah
Dalam mode mop, sistem bekalan air automatik menggunakan pam elektronik untuk memastikan mop sentiasa lembap semasa digunakan. Ini membantu mengelakkan anda daripada perlu basahkan semula atau memerah mop, sekaligus menjadikan proses pembersihan lebih mudah dan lancar tanpa gangguan.
Dilengkapi Dengan System Keselamatan Wap.
Dilengkapi dengan sistem keselamatan pintar yang akan menghentikan fungsi wap secara automatik dalam beberapa keadaan untuk penggunaan yang lebih selamat.
1.
Jika suhu penjana wap menjadi terlalu tinggi, sistem akan berhenti secara automatik.
2.
Jika muncung diangkat atau dicondongkan, fungsi wap akan terus dihentikan.
3.
Dilengkapi dengan sensor pergerakan. Jika tiada pergerakan nozzle selama kira-kira 20 saat, wap akan berhenti dan putaran mop akan berhenti selepas kira-kira 1 minit.
LG ThinQ™
Kawalan Pintar Di Hujung Jari.
Tetapkan mode pembersihan kegemaran anda sebagai Default Mode dalam aplikasi, supaya setiap kali mula membersih, anda boleh terus guna tetapan yang sama tanpa perlu set semula, lebih cepat dan mudah.
Prestasi Lebih Kuat, Reka Bentuk Lebih Ringan, Hasil Lebih Baik.
Pembersihan Lebih Berkuasa.
Prestasi Yang Lebih Mantap, Reka Bentuk Yang Lebih Ringan
Kuasa sedutan sehingga 280W membantu membersihkan rumah anda dengan lebih efektif. Dengan berat hanya 2.47kg, vacuum ini mudah digunakan di seluruh rumah tanpa rasa penat.
‘Dual Floor Max Nozzle’ Dengan Lampu LED.
Direka Dengan Satu Kepala Penyedut Untuk Pelbagai Jenis Permukaan.
Tak perlu tukar nozzle bila beralih dari karpet ke lantai keras. Semuanya boleh dibersihkan dengan satu alat sahaja. Lampu LED juga membantu anda nampak habuk di kawasan gelap dengan lebih jelas.
Skrin LCD.
Paparan LCD Yang Jelas & Informatif Untuk Memudahkan Penggunaan.
Anda boleh memantau status, menukar tetapan & melihat maklumat penting dengan mudah melalui skrin yang intuitif. Reka bentuknya juga menyesuaikan paparan mengikut posisi vacuum, lengkap dengan butang sentuhan pada pemegang untuk kawalan yang lebih selesa.
Lebih Banyak Manfaat.
Nikmati pelbagai kelebihan tambahan yang direka untuk memudahkan penggunaan harian anda. Menjadikan pengalaman lebih berharga, praktikal dan berbaloi untuk seisi keluarga.
Dengan teknologi Kompressor, habuk akan dimampatkan supaya tong habuk jadi lebih padat. Jadi anda tak perlu kerap kosongkan, lebih mudah dan jimat masa.
Dilengkapi dengan dua bateri, memberikan masa penggunaan sehingga 120 minit, jadi anda boleh membersihkan rumah dengan lebih lama tanpa perlu kerap mengecas.
Memerangkap habuk halus dengan sistem penapisan 5 langkah. Sistem penapisan 5 peringkat ini membantu menangkap habuk halus dengan lebih berkesan.
Sistem siklon dan penapis ini boleh dicuci semula. Ia membantu mengekalkan prestasi pembersihan lantai yang lebih bersih, segar dan vacuum tahan lama setiap kali digunakan.
Dengan motor Smart Inverter yang tahan lasak dan tahan lama. Motor ini direka untuk penggunaan jangka panjang, lebih stabil, jimat tenaga dan boleh dipercayai untuk prestasi yang konsisten setiap hari.
Muncung & Alatan Yang Disediakan.
Gunakan pelbagai jenis nozzles sesuai dengan situasi anda. Pelbagai jenis nozzles disediakan untuk memenuhi keperluan pembersihan yang berbeza, supaya anda boleh bersihkan setiap sudut rumah dengan lebih mudah dan berkesan.
Steam Power Mop (Mop Wap Berkuasa)
Menggunakan wap panas untuk membantu menanggalkan kotoran degil dengan lebih mudah dan berkesan. Anda juga boleh vakum dan mop lantai pada masa yang sama, menjadikan kerja pembersihan lebih cepat, mudah dan efisien.
‘Dual Floor Max Nozzle’ dengan Lampu LED
Tak perlu tukar kepala nozzle bila bergerak antara jenis lantai. Satu nozzle sahaja boleh digunakan untuk karpet dan lantai keras, menjadikan kerja pembersihan lebih mudah dan cepat.
Kuasa Pembersihan ‘Bedding’ Yang Kuat
Dengan 4,000 getaran bersama sedutan vakum pada masa yang sama, ia membantu membersihkan tilam, cadar, sofa dan juga tempat duduk kereta dengan lebih berkesan. Kotoran dan habuk dapat disingkirkan dengan lebih mudah untuk kebersihan yang lebih menyeluruh.
Alat Celah (Crevice Tool)
Sesuai digunakan untuk membersihkan kawasan yang sempit seperti sudut, celahan kecil dan bahagian tepi yang susah dicapai. Memudahkan kerja pembersihan supaya habuk tidak tertinggal di tempat tersembunyi.
Alat Gabungan 2-dalam-1
Boleh digunakan sebagai berus atau muncung keras mengikut keperluan. Ia sangat berkesan untuk membersihkan habuk dan kotoran yang degil serta sukar dibuang, menjadikan kerja pembersihan lebih mudah dan cepat.
Notifications