“Untuk Hidup Lebih Tenang…
Aku Ubah Haluan”
Aku pernah jadi wanita bekerjaya..
Penat, stress dan selalu tertanya-tanya “sampai bila nak macam ni?” Sekarang aku pilih bina income secara online dengan lebih santai, ikut acuan aku sendiri. Aku percaya ramai lagi wanita bekerjaya & surirumah yang berimpian untuk ada pendapatan besar, tapi dalam waktu yang sama nak masa lebih flexible untuk fokus anak serta keluarga.
Jika anda wanita seperti saya…
jom kita sembang, kita belajar, kita bina impian dengan cara kita bersama-sama. Ibarat seperti “datang duduk minum kopi, sembang pasal hidup & bisnes..” Saya percaya kita tak perlu jadi orang lain untuk berjaya.
Salam Perkenalan…
Saya Sue, saya bukan pakar kewangan. Bukan jutawan online dan bukan influencer besar. Saya cuma wanita biasa yang pernah stress kerja makan gaji. Stress dengan karenah atasan yang suka ambil kesempatan dan penat dengan ‘politik’ ditempat kerja yang tak sesuai dengan jiwa saya, tapi masih paksa diri bertahan sebab “itulah kehidupan.”
Sampai satu saat, saya sedar… saya bukan tak kuat, saya bukan tak pandai, saya cuma penat hidup dengan cara yang bukan untuk saya. Sehingga akhirnya saya buat keputusan besar dan beranikan diri pilih jalan lain yang lebih selesa dengan saya. Sekarang kehidupan saya lebih tenang bersama keluarga, dan punya masa yang lebih fleksibel dengan sumber kewangan sendiri.
Saya bebas untuk beraktiviti dan bebas untuk mencuba “peluang-peluang” baru yang sesuai dengan jiwa saya. Di sini saya akan berkongsi pengalaman, idea, informasi serta sedikit cerita tentang kehidupan sebenar seorang wanita yang masih belajar untuk berlari mengejar impiannya. Saya percaya saya tak perlu jadi orang lain untuk berjaya.
Sharing Di Blog
“Apabila jiwa terusik, maka seluruh diri akan terasa imbalannya, sama ada datang berupa susah mahupun menyenangkan hati. Takdir itu ada di langit. Maka ia berubah jikalau kita mahu berusaha dengan cara yang baik-baik. Bagaimanapun, takdir yang telah ditetapkan itu tidak sekali-kali akan berubah. Justeru, hadapilah dengan redha… Nescaya kita akan termasuk dalam golongan manusia yang dirahmati Allah…”
Andai ada walau sekelumit ilmu yang boleh memberi manfaat kepada awak… itu sudah cukup membahagiakan saya.
Nota Kecil Dari Hati
Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu… Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu… bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu… amiin ya Rabbal ‘alamin.
Saya bukanlah wanita sempurna, tetapi saya berimpian untuk menjadi wanita yang dikasihi penduduk langit dan bumi… InshaAllah. Hidup tenang tak bermakna impian kita kecil.
Banyak Peluang
Di Setiap Ruang, Asalkan
Berani Mencuba
Orang tua dulu-dulu pernah berkata “peluang tak datang dua kali” dan “rezeki tak datang bergolek.” Maknanya kita kena rajin berusaha, walaupun perjalanan berliku. Jadi kita rebut apa sahaja peluang baik yang datang kepada kita. Mungkin hasil atau kebaikannya kita tak rasai hari ini, tetapi hasilnya Allah bagi kemudian hari. Saya percaya kita tidak perlu menjadi orang lain untuk berjaya.
Hadiah Kecil Untuk Awak
Jika awak terasa penat dan nak mulakan sesuatu yang baru… saya hadiahkan ini untuk awak. Ambil panduan percuma ini. Mungkin ini langkah kecil pertama yang boleh merubah seluruh hidup awak. “Erti hidup pada memberi…”
© 2026 SueAisya. All Rights Reserved.