Cuba Semak Semula Amalan Solat Kita Hari Ini…
Adakah solat kita selama ini benar-benar berkualiti dan menepati sepertimana yang diajarkan Nabi Muhammad S.A.W.? Sebab itulah Nabi S.A.W. berpesan:
“Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat.”Riwayat Bukhari & Muslim
Apabila Rasulullah S.A.W. dan para sahabat bersolat, mereka menenggelamkan diri dalam penuh kekhusyukan. Tetapi bagaimana pula dengan kita?
Seringkali, sebaik sahaja takbir diangkat, pada waktu itulah pelbagai perkara mula melayang di fikiran — kerja pejabat yang belum siap, urusan rumah tangga, masalah kewangan, perihal anak-anak, hinggalah ke menu makan malam nanti.
Sedihnya… waktu solat yang sepatutnya menjadi detik paling tenang untuk kita mengadu kepada Allah, bertukar menjadi sekadar rutin kosong yang melelahkan fizikal, tanpa memberi bekas kebaikan pada jiwa.






Reviews
There are no reviews yet.