Resepi Daging Singgang

Harini saya nak kongsi resepi sedap tapi sangat senang untuk disediakan iaitu resepi daging singgang. Saya percaya orang yang tak pandai memasak atau beginner juga boleh buat resepi sedap ni.
Bahan-bahan yang saya masukkan ke dalam resepi ini seperti dibawah;
Bahan-bahan;
500 gram daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang merah
4 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
10 biji cili padi
Garam dan air secukup rasa
Cara membuatnya;
- Daging dihiris nipis.
- Ketumbar dan jintan manis ditumbuk kasar.
- Masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk.
- Masakkan sehingga daging lembut.
- Masukkan cili padi dan garam secukup rasa.
- Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan.
Semoga perkongsian resepi daging singgang ini bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba tau. Kalau korang dah buat dan menjadi boleh tinggalkan komen diruangan komen dibawah.
