|

Pengalaman Pertama Buat Umrah Banyak Kena Sidai, Kali Ni Rasa Nak Buat DIY Je!

Masa first time buat umrah, perasaan excited memang tak boleh nak describe. Rasa syukur sangat dapat jemputan ke Tanah Suci. Agen cakap hotel dekat, perjalanan semua teratur, hati pun berbunga-bunga.

Tapi realitinya… ya Allah, sabar je lah???

Hotel dekat? Rupa-rupanya dekat versi agen lain. Nak ke Masjidil Haram, berpeluh-peluh jalan kaki. Dah la jauh, masa yang sepatutnya untuk ibadah banyak habis atas jalan.

Nak ziarah tempat bersejarah? Bukan terus pergi pun. Kena tunggu jemaah lain bersiap dan biasalah, mesti ada yang lambat. Setiap kali nak bergerak, mesti ada alasan kena tunggu. Kadang-kadang sampai sejam lebih terkandas kat hotel tak bergerak-gerak. Dah pergi ziarah pun, lebih banyak berhenti kat kedai-kedai kawan mutawwif berbanding tempat bersejarah.

Nak balik ke hotel? Pun sama. Lepas selesai solat, terpaksa tunggu semua orang kumpul baru boleh balik. Sampaikan ada satu malam saya dah tak larat, terus jalan balik sendiri je. Rasa macam lebih banyak menunggu daripada beribadah.

Hati saya masa tu cuma mampu istighfar, tapi dalam hati dah tekad. Kalau ada rezeki lagi pergi umrah, saya nak buat DIY. Tak payah lagi rasa terikat, tak perlu bazir masa tunggu orang lain dan yang penting boleh susun masa ikut keselesaan sendiri.

Baru-baru ni saya jumpa Ebook “Umrah DIY” ni, rasa macam doa saya dimakbulkan. Semua panduan ada dari cara pilih flight, cari hotel dekat, urus visa, sampai susun itinerary yang fleksibel. Serius rasa yakin nak cuba sendiri kali ni.

Kalau anda pun pernah rasa macam saya, rasa lebih banyak tersidai daripada tenang beribadah saya syorkan cuba cara DIY ni. Dengan panduan dalam ebook ni, insyaAllah semua jadi mudah, jimat dan paling penting ibadah kita lebih fokus.

Klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang Umrah DIY:

Percayalah, buat sendiri dengan ilmu yang betul, kita dapat pengalaman yang lebih bermakna di Tanah Suci. “Kita tak pergi sana untuk tunggu orang, kita pergi untuk jumpa Dia.” ❤️

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *