|

Baru Nak Beli Kenderaan Pertama? Jom Dapatkan Kereta Berkualiti Dengan Harga Lelong Yang Lebih Murah!

Saya masih ingat lagi perasaan masa nak beli kereta pertama dulu. Excited memang excited tapi dalam masa yang sama, pening kepala juga. Sebab bila mula tengok harga kereta dekat showroom, terus rasa macam “Fuh… mahalnya.”

Lagi-lagi bila baru nak mula bekerja atau baru nak stabilkan hidup. Banyak benda kena fikir. Komitmen bulanan. Insurans. Roadtax. Servis kereta. Kadang-kadang belum beli lagi dah rasa takut nak tengok kira-kira.

Sebab tu ramai orang akhirnya terpaksa beli kereta ikut apa yang “mampu” bukan apa yang mereka benar-benar nak. Dan jujurnya saya dulu pun tak tahu langsung tentang dunia kenderaan lelong. Dalam kepala saya, bila sebut kereta lelong je terus bayangkan:
“Kereta rosak.”
“Bekas accident.”
“Atau kereta yang banyak masalah.”

Sampailah satu hari saya sembang dengan seorang kenalan yang memang minat dunia automotif. Dia tunjuk sebuah kereta yang nampak cantik dan sangat terjaga.

Saya pun tanya, “Kereta ni beli baru ke?”
Dia gelak kecil “Taklah bro… ni kereta lelong je.”

Saya terus terkejut. Sebab condition dia memang nampak elok gila. Dari situ saya mula tahu satu benda… Rupanya bukan semua kenderaan lelong tu bermasalah macam yang ramai sangka.

Kalau tahu cara pilih dengan betul, memang boleh dapat kereta yang sangat berbaloi dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran biasa.

Dan yang paling menarik… Ada orang siap jadikan benda ni sebagai side income. Beli kereta lelong pada harga rendah, touch up sikit, kemudian jual semula untuk dapat keuntungan.

Tapi biasalah… Dalam dunia macam ni, kalau tak ada ilmu memang bahaya juga. Silap pilih, boleh dapat kereta yang banyak masalah tersembunyi. Luaran nampak cantik tapi dalamnya penuh “drama.”

Sebab tu saya rasa penting sangat untuk ada panduan yang betul sebelum terjun dalam dunia kenderaan lelong ni.

Bukan sekadar tahu tempat bida. Tapi kena tahu:
✔ Cara semak kondisi kenderaan.
✔ Cara elak beli kereta bermasalah.
✔ Cara pilih model yang berbaloi.
✔ Dan teknik kira kos supaya tak rugi selepas beli.

Apa yang best tentang ebook Rahsia Kenderaan Lelong ni, dia explain semuanya dalam gaya yang mudah faham walaupun untuk beginner.

Tak perlu jadi mekanik. Tak perlu jadi pakar kereta dulu. Kalau anda baru pertama kali nak beli kereta dengan bajet rendah, panduan macam ni memang sangat membantu supaya tak tersalah langkah.

Dan siapa tahu, Mungkin pada mulanya sekadar nak cari kereta sendiri. Tapi lama-lama boleh jadi satu peluang jana income tambahan pula.

Kadang-kadang peluang untuk berjimat dan buat duit tu datang daripada benda yang kita sendiri tak pernah terfikir sebelum ni.

Kalau nak tengok lebih lanjut tentang panduan ni, boleh tengok dekat sini:

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *