Dari Rumah Kosong Ke Bisnes Homestay Yang Menguntungkan

Aku ada seorang kawan lama, nama dia Azlan. Tahun lepas dia buat satu keputusan besar dalam hidup, beli sebuah rumah dekat kawasan pinggir bandar. Masa tu dia memang semangat. Dalam kepala dia, rumah tu bukan sekadar tempat tinggal tapi pelaburan masa depan.

Biasalah, kita selalu dengar orang cakap:
“Hartanah ni aset.”
“Harga rumah sentiasa naik.”
“Beli dulu, nanti untung.”

Jadi Azlan pun yakin dia dah buat langkah yang betul. Tapi lepas semua urusan selesai satu masalah mula muncul. Rumah tu kosong. Nak duduk? Belum ada plan. Nak sewakan bulanan? Dia takut rumah rosak atau penyewa bermasalah. Akhirnya rumah tu dibiarkan macam tu je.

Setiap bulan tetap kena bayar ansuran. Tapi rumah tu langsung tak hasilkan apa-apa. Satu malam kami lepak minum santai, dan waktu tu dia mula luahkan apa yang dia pendam selama ni.

“Bro… aku rasa rumah ni dah jadi beban.” Dia tarik nafas panjang sebelum sambung.
“Aku bayar ansuran tiap bulan, tapi rumah tu kosong. Kadang-kadang aku takut kalau lama sangat macam ni aku sendiri tak mampu sustain.”

Aku faham sangat perasaan dia. Sebab ramai orang beli rumah dengan harapan nak buat pelaburan tapi akhirnya tersekat sebab tak tahu nak buat apa selepas beli.

Tengah sembang tu, tiba-tiba aku terfikir sesuatu. “Lan… kenapa tak buat homestay je?” Dia terus pandang aku macam tak yakin. “Homestay? Jadi ke sekarang ni?”

Aku gelak kecil. “Bro… sekarang ni homestay memang tengah naik. Lagi-lagi kalau kawasan rumah kau senang akses atau dekat dengan tempat orang selalu datang. Kadang-kadang pendapatan homestay ni boleh jauh lebih baik daripada sewa bulanan biasa.”

Dia masih nampak ragu-ragu. “Aku mana tahu apa-apa pasal homestay. Zero knowledge.”

Dan sebenarnya… itu juga yang ramai orang rasa. Ramai ingat nak buat homestay ni susah. Kena ada pengalaman. Kena pandai marketing. Kena tahu setup macam hotel. Padahal kalau ada panduan yang betul, semuanya boleh belajar langkah demi langkah.

Aku pun cadangkan satu ebook dekat dia, Ebook Jutawan Homestay. Apa yang aku suka tentang ebook tu, dia tak cakap benda teori semata-mata. Dia ajar dari basic.
Macam mana nak mula setup homestay.
Cara nak iklankan dekat platform macam Airbnb dan Booking.com.
Cara layan pelanggan.
Cara ambil gambar homestay supaya nampak menarik.
Sampai tips dekorasi dan tetapkan harga pun ada.

Pendek kata… memang sesuai untuk orang yang baru nak mula. Azlan pun akhirnya cuba. Dia mula ubah rumah kosong tu perlahan-lahan. Cat dinding. Tambah dekorasi simple. Susun ruang supaya nampak lebih cozy dan “Instagrammable”.

Dan jujurnya rumah tu memang berubah terus. Beberapa bulan kemudian, dia WhatsApp aku. “Bro… aku tak sangka homestay ni boleh jalan macam ni.”

Katanya sekarang hampir setiap minggu ada tempahan masuk. Pendapatan daripada homestay tu bukan saja cukup untuk cover ansuran rumah, malah dah mula bagi lebihan simpanan.

Waktu tu aku sendiri happy tengok perubahan dia. Daripada stres fikir rumah kosong jadi lebih tenang sebab rumah tu akhirnya mula “bekerja” untuk dia.

Dan dari situ aku sedar satu benda. Kadang-kadang masalah bukan sebab kita tak ada aset. Tapi sebab kita tak tahu macam mana nak manfaatkan aset yang kita dah ada.

Kalau korang pun ada rumah kosong yang dibiarkan macam tu je, mungkin dah tiba masa untuk tengok ia dari sudut yang berbeza. Jangan biarkan rumah jadi liabiliti yang makan duit setiap bulan.

Dengan strategi yang betul, rumah tu sebenarnya boleh jadi sumber income yang sangat menarik.

Kalau nak tengok macam mana Azlan mula semuanya, boleh baca dekat sini.
Klik gambar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *