Masa kecil dulu, antara bunyi paling menggembirakan dekat kawasan rumah saya ialah bunyi loceng abang aiskrim.
“Tin tin tiiiin…”
Baru je dengar dari jauh, terus kelam-kabut cari duit syiling. Kadang-kadang siap lari keluar rumah tanpa pakai selipar sebab takut abang aiskrim dah jalan dulu. Lucu bila fikir balik.
Aiskrim ni memang ada satu “kuasa” yang susah nak explain. Dari budak kecil sampai orang dewasa… semuanya boleh cair bila nampak aiskrim. Lagi-lagi waktu cuaca panas. Balik kerja penat-penat, tiba-tiba makan aiskrim sejuk… fuh, nikmat dia lain macam.
Tapi bila dah besar ni, saya mula sedar sesuatu. Rupanya aiskrim bukan sekadar makanan kegemaran ramai… tapi juga salah satu bisnes yang sangat menguntungkan. Dan yang paling menarik, ramai orang tak sedar betapa besarnya potensi bisnes ni.
Kenapa?
Sebab aiskrim ni produk yang hampir semua orang suka. Tak kira umur, bangsa atau latar belakang.
Budak kecil suka. Remaja suka. Orang dewasa pun suka. Malah kadang-kadang mak ayah yang belikan anak aiskrim… akhirnya dia sendiri yang makan lebih banyak.
Sebab tu bisnes aiskrim ni sentiasa ada pelanggan. Evergreen. Tak lapuk dek zaman. Yang lagi best, kos nak buat aiskrim homemade sebenarnya taklah mahal sangat. Ada orang mula dengan modal kecil je dekat rumah.
Kos satu bekas kadang-kadang sekitar RM1 hingga RM2 sahaja tapi boleh dijual RM4 hingga RM6 bergantung pada jenis dan saiz. Bila kira balik, untung dia memang menarik. Bayangkan kalau sehari dapat jual 50 ke 100 bekas? Memang boleh jadi side income yang serius.
Dan sekarang ni pula, orang makin suka aiskrim homemade sebab rasa dia lebih unik dan premium berbanding aiskrim biasa dekat kedai.
Ada yang jual perisa coklat premium.
Perisa jagung. Oreo.
Matcha.
Durian.
Malah ada yang kreatif sampai buat aiskrim viral ikut trend semasa.
Yang penting… bila sedap, orang sendiri akan repeat order. Tambahan pula cuaca dekat Malaysia ni memang “mesra” bisnes aiskrim. Hampir sepanjang tahun panas. Maksudnya permintaan sentiasa ada. Kadang-kadang orang bukan lapar pun cuma tekak terasa nak benda sejuk. Dan masa tu lah aiskrim jadi penyelamat.
Apa yang saya suka tentang bisnes ni, ia fleksibel. Boleh mula kecil-kecilan dari rumah.
Boleh jual dekat kawasan perumahan. Pasar malam. Event. Sekolah. Atau buat delivery online. Tak perlu tunggu ada kedai besar pun untuk mula. Sebab ramai orang berjaya bermula dengan apa yang mereka ada dulu.
Cuma biasalah…
Ramai yang berminat nak mula, tapi tak tahu nak buat aiskrim yang sedap, nak kira kos macam mana, atau nak jual dengan cara yang betul.
Sebab tu penting ada panduan yang betul supaya tak mula secara “try and error” semata-mata. Kalau anda memang pernah terfikir nak cuba bisnes makanan yang modalnya kecil tapi ada potensi untung yang baik, mungkin bisnes aiskrim ni boleh jadi permulaan yang menarik.
Kalau nak belajar lebih lanjut, anda boleh tengok Ebook “Panduan Bisnes Aiskrim” oleh Afiq Rusly. Dalam ebook tu dikongsikan tentang resepi, teknik buat aiskrim, cara kira untung dan strategi untuk mula menjual walaupun dari rumah.
Boleh tengok 👉 DI SINI.
Kadang-kadang peluang besar datang daripada benda yang nampak kecil. Macam aiskrim. Nampak simple tapi kalau kena cara, ia boleh jadi sumber pendapatan yang mengubah hidup seseorang.

