5 Mobile Games TERBAIK Yang Mampu Bantu Anak Anda Hafal Sifir Dengan Lebih Berkesan Dalam Masa Singkat.
“Hmmm… Kenapalah anak saya ni tak macam anak orang lain? Liat betul nak hafal sifir walaupun usia dah makin meningkat. Asyik nak main game je…”
Ini antara kerisauan ramai ibu bapa pada zaman teknologi sekarang, di mana anak-anak lebih seronok bermain game di telefon pintar daripada memberi perhatian kepada asas penting Matematik seperti menghafal sifir.
Sedangkan sifir adalah asas kepada penguasaan Matematik. Jika anak tidak mahir sifir, mereka akan mudah ketinggalan apabila mula belajar topik-topik yang lebih mencabar.
Jika anak anda berumur bawah 9 tahun, masih normal jika belum kuasai sifir. Tapi bila umur semakin meningkat — 10 tahun ke atas — menguasai sifir adalah sangat penting untuk memastikan mereka tidak terus tercicir.
Kebiasaannya, guru Matematik di sekolah akan membantu anak-anak menghafal sifir. Tetapi dengan tekanan kerja sekolah yang semakin bertambah, ramai ibu bapa mula mencari kaedah alternatif untuk bantu anak hafal sifir dengan cara yang lebih menyeronokkan.
“Macam mana nak buat anak minat hafal sifir?”
Jawapannya mudah: gunakan game!
Anak-anak memang suka sesuatu yang berbentuk permainan. Jadi, bila belajar melalui game yang interaktif, mereka lebih cepat fokus, lebih seronok mencabar diri, dan akhirnya lebih mudah menghafal sifir tanpa rasa terbeban.
Hari ini, ada banyak game yang direka khas untuk membantu anak menguasai sifir dan asas Matematik dengan lebih berkesan.
Berikut 5 game terbaik yang anda boleh install:
#1 – Crazy Times Table (iPad, iPhone)
Aplikasi ini dibangunkan oleh para pendidik. Anda boleh letakkan foto anak ke dalam grafik game untuk pengalaman lebih personal.
Game ini sangat menarik serta mencabar minda. Kadang-kadang anak perlu “makan hamburger” bila betul jawapan, dalam permainan lain pula mereka terbang di angkasa untuk memilih nombor yang tepat. Seronok dan penuh visual!
#2 – My Math Flash Cards App (Android, iPhone, iPad)
Seperti namanya, ini aplikasi FlashCard yang paling mudah digunakan.
Ia ada fungsi timer, keypad mudah, dan formatnya ringkas seperti game cepat yang membantu anak berlatih sifir secara konsisten dan pantas.
#3 – Space Pig Math (Android, iPhone, iPad)
Ini permainan aksi untuk mempraktikkan jadual sifir hingga 12×12.
Anak akan menembak alien untuk menyelamatkan rakan Space Pig. Untuk setiap jawapan yang betul, berturut-turut, atau jawapan yang dijawab laju mereka akan mendapat ganjaran dalam game.
Belajar sambil berseronok!
#4 – The 38 Times Tables Challenge (Android, iPhone, iPad)
Aplikasi ini memecahkan latihan sifir kepada tugasan kecil supaya anak tidak rasa terbeban.
Terdapat 38 cabaran visual yang berbeza, membantu anak menghafal sifir secara berperingkat dan membina keyakinan dalam Matematik.
#5 – Moji Multi (iPhone, iPad)
Aplikasi percuma yang menyusun jadual sifir mengikut tahap anak.
Ia membantu mereka memahami konsep asas pendaraban melalui latihan berulang yang ringkas, cepat dan menyeronokkan. Sesuai untuk kanak-kanak yang perlukan pembelajaran visual.
“Tapi bukankah terlalu lama menghadap telefon boleh memudaratkan anak?”
Ya, penggunaan skrin terlalu lama boleh memberi kesan seperti mata penat, kurang bersosial dan menjadi pasif. Sebab itu ibu bapa tetap perlukan aktiviti hafalan yang berkesan tetapi tidak bergantung 100% pada skrin.
Salah satu teknik terbaik adalah menggunakan teknik hafal sifir Gaya MathMedic yang diasaskan oleh Tuan Osman Affan menggunakan flashcard dan teknik hafalan pantas yang terbukti membantu ribuan murid.
Semua teknik ini dikongsikan secara lengkap dalam ebook “Panduan Hafal Sifir”.
Dengan teknik MathMedic, anak anda boleh:
✔ Hafal sifir dengan lebih cepat
✔ Lebih yakin menjawab soalan Matematik
✔ Menguasai sifir dalam masa 14 hari
✔ Belajar tanpa tekanan dan tanpa paksaan
Dan yang paling penting tanpa perlu bergantung kepada telefon sepanjang masa.
Bayangkan apabila anak anda sudah mahir sifir, setiap soalan Matematik akan jadi lebih mudah dan mereka akan lebih seronok belajar.
Jom mula bantu anak hafal sifir dengan cara yang lebih menyeronokkan dan berkesan melalui teknik MathMedic DI SINI.


